Isteri Gagahkan Diri Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Suami Tanpa Memakai Jubah Konvo..Saat Giliran Isteri Ambil Ijazah Dewan Bertukar Menjadi Suasana Pilu..Buat Ramai Terasa Sayu!!

Isteri Gagahkan Diri Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Suami Tanpa Memakai Jubah Konvo..Saat Giliran Isteri Ambil Ijazah Dewan Bertukar Menjadi Suasana Pilu..Buat Ramai Terasa Sayu!!

MAJLIS konvokesyen sudah pasti merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa bagi meraikan kejayaan atas usaha keras menimba ilmu di menara gading.

Isteri Gagahkan Diri Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Suami Tanpa Memakai Jubah Konvo..Saat Giliran Isteri Ambil Ijazah Dewan Bertukar Menjadi Suasana Pilu..Buat Ramai Terasa Sayu!!
Isteri Gagahkan Diri Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Suami Tanpa Memakai Jubah Konvo..Saat Giliran Isteri Ambil Ijazah Dewan Bertukar Menjadi Suasana Pilu..Buat Ramai Terasa Sayu!!

Pastinya majlis ini disambut dengan gembira, mana tidaknya insan tersayang terutamanya keluarga tercinta serta sahabat seperjuangan pasti tumpang bangga.

ARTIKEL MENARIK: Susulan Kes Doktor Diser4ng – Isteri Dedah Tak Sabar Nak Jadi Jndda!! Sebab Mengapa Isteri Nya Minta Talak Memang Tak Munasabah..


Namun di sebalik kegembiraan itu, seorang isteri terpaksa menahan kesedihan apabila dia terpaksa menggantikan tempat suaminya yang menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa (Pengiklanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Rabu.

Nor Aziah Yahaya, 45, hanya mengenakan busana biru tanpa menyarung jubah seperti penerima anugerah lain pada majlis majlis konvokesyen tersebut.

Walaupun ibu kepada empat anak ini nampak tenang, jauh di sudut hatinya ingin saja dia membiarkan air mata mengalir ketika menerima penganugerahan tersebut.

“Sepatutnya suami (arw4h) naik pentas, bukan saya. Saya hanya patut duduk di bawah ini tengok dia gembira terima ijazah hasil usaha kerasnya siang dan malam selama tiga tahun untuk dapatkan master ini,” katanya kepada mStar.



loading...

Nor Aziah yang kini menjalankan perniagaan secara atas talian berkata, takdir menentukan suaminya Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang merupakan pengarah akaun di sebuah syarikat pengiklanan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Januari lalu di Hospital Ampang Puteri.

Tambah Nor Aziah, pada mulanya dia berat hati untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut kerana bimbang perasaannya sukar dikawal. Namun disebabkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti dia akhirnya bersetuju.

“Sepatutnya anak lelaki saya yang nombor tiga, umur 12 tahun yang naik pentas sebab saya tahu saya tak kuat nak naik pentas. Tapi disebabkan prosedur menetapkan hanya anak 18 tahun ke atas yang boleh naik, saya akur. Masa tu pula urusetia UiTM kata puan naiklah demi arwah. Saya pun akhirnya setuju.

“Hati tu 50-50, sebab bila kata anak tak boleh naik saya dah rasa macam, tak apalah tak payahlah. Saya datang ambil di pejabat je nanti. Tapi bila fikirkan penat lelah arwah selama tiga tahun dengan kerja dan belajar lagi, saya mesti lakukannya sebab nak bagi kenangan untuk anak-anak dan jadikan semangat. Walaupun daddy dah tak ada tapi dia belajar sampai akhir hayat dia. Akhirnya saya kuatkan hati dan pergi juga,” luah isteri kepada arwah, sebak.

Menurut ibu kepada empat anak ini, suaminya menghidap kans3r limfona atau lymphoma (kanser darah) tahap empat dan hanya mengetahui tentang perkara itu empat hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Nor Aziah berkata dia dan suami tidak pernah tahu tentang penyakit kanser ini, tetapi mengakui suaminya sering keluar masuk hospital tanpa dimaklumkan tentang penyakit yang ditakuti ramai itu.

4531f73f7d2144b5bfdeffe9f94f0214.ashx?la
Weh saja nak cite harini masa konvo ada sorang wanita atas pentas tak pakai jubah konvo and music gamelan tetiba stopped. Rupanya dia tolong ambil untuk arwah suami dia yang meninggal January 2019 sebab cancer lymphoma 😢 we bacakan al Fatihah before dia ambil scroll arwah 😭 pic.twitter.com/pqb8QAAcLS
— minah sendu™ (@thesendulife) October 9, 2019
Kongsinya lagi, selama arw4h suaminya menyambung pelajaran tiada siapa pun tahu mengenai perkara itu termasuklah anak-anak, keluarganya dan keluarga suami.

“Anak tak tahu pun arw4h sambung belajar. Dah meninggal tu baru saya cakap. Yang tahu pun hanya anak sulung yang sedang belajar di Universiti Malaya. Sebab arwah ni jenis kalau benda tak nampak, tak nyata lagi jangan cerita dengan orang. Sebab arwah risau bila dah cerita nanti tak lepas (lulus) jadi malu,” katanya.

Selain itu, kisah ini turut dikongsi di laman Twitter oleh seorang gadis pada Rabu dengan kapsyen, ‘Weh saja nak cerita harini masa konvo ada seorang wanita atas pentas tak pakai jubah konvo dan music gamelan tetiba berhenti. Rupanya dia tolong ambil untuk arwah suaminya yang meninggal Januari 2019 sebab kanser lymphoma. Kami bacakan Al-Fatihah sebelum dia ambil scroll arwah’.

Posting tersebut yang dimuatnaik berserta gambar arwah di skrin menarik perhatian ramai dengan meraih kira-kira 4,200 ulang kicau (retweet) dan 4,100 suka (likes).

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Insinyur Dr Azraai Kassim kepada Nor Aziah bagi pihak allahyarham pada Majlis Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Sumber Mstar via Sinar Viral Network 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post