PERSEMBAHAN penyanyi Santesh di pentas pertandingan Big Stage tidak pernah mengecewakan. Dia antara peserta yang sering mendapat perhatian termasuk juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
(Video) D1tuduh Tak Hormat Komen Siti Nurhaliza, Dilabelkan Sebagai Bi4dab!! Santesh Tampil Cerita Hal Sebenar.Ini Komen Balas Santesh |
Bagaimanapun, menerusi persembahan minggu kelima dengan menyanyikan lagu Korea, Gangnam Style mendapat komen yang kurang memberangsangkan daripada penyanyi Anta Permana itu.
ARTIKEL MENARIK: Akhirnya kehilangan pelakon Ida Nerina terjawab, tak sangka kehidupannya begini sekarang
Malah, tindakan Santesh menjawab komen penyanyi itu dengan memberi alasan tidak cukup masa membuatkan netizen kurang senang dan dilabelkan sebagai bi4dab.
Menurut Santesh, dia tiada niat bersikap kurang ajar terhadap Siti sebaliknya terpaksa menjelaskan perkara sebenar yang dialami kerana bimbang berlaku salah faham.
Antara respons yang diberikan netizen terhadap Santesh.
“Saya yakin Tokti tahu apa yang saya cuba sampaikan. Dia sendiri beri saya masa untuk saya jawab pada malam itu.
Netizen harus faham ini adalah pertandingan dan yang terlibat ketika juri memberi kritikan adalah peserta dan juri sahaja.
“Kalau saya ada penjelasan yang saya harus berikan, kenapa saya perlu diam? Kalau saya tak beri penjelasan kepada Tokti malam itu, dia tak akan tahu perkara sebenar yang berlaku.
Nanti dia ingat saya tiada efford dan tak buat homework dan berlaku salah faham dengan saya pula.
“Niat saya bukan untuk melawan… Tokti pun tahu saya tidak melawan,”
loading...
Bercerita lanjut mengenai persembahannya pada malam itu, Santesh mengakui tertekan kerana tidak mempunyai masa dan ruang untuk melakukan persembahan terbaik seperti yang dirancangnya.
Menurut Santesh, dia ada membuat arrangement muziknya sendiri untuk lagu itu namun kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya itu pada saat-saat akhir kerana enggan mengambil risiko.
Juri beranggapan persembahan Santesh sekadar menghiburkan.
“Alasan tentang masa tak cukup tu memang betul… saya hanya ada empat hingga lima hari sahaja untuk membuat persediaan.
“Memang saya ada buat arrangement baru untuk lagu itu, seperti yang diminta oleh Tokti… cuma ianya tak cantik dan saya pun tak nak ambil risiko dengan susunan muzik itu.
“Jadi saya ambil keputusan untuk terus drop dan perform dengan cara original sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Santesh turut meminta netizen untuk lebih mengenali peribadinya sebelum membuat sebarang tuduhan melulu terhadapnya.
“Bila masa pula saya bi4dab?
Mereka perlu selidik dahulu latar belakang saya… macam mana saya masuk industri dari awal, aktiviti dan karakter saya. Itu semua mereka tak tahu.
“Saya sebenarnya seorang yang ramah, saya suka baca komen orang dan reply mereka. Dari dulu saya begitu.
“Komen yang membina selalunya saya akan respons tapi kalau komen yang negatif selalunya saya beri smiley sahaja,” ujar Santesh.
Video Persembahan Santesh Di Big Stage Minggu Ke-5
sumber: Mstar via Sinar Viral Network
Post a Comment