Akhirnya kehilangan pelakon Ida Nerina terjawab, tak sangka kehidupannya begini sekarang

Akhirnya kehilangan pelakon Ida Nerina terjawab, tak sangka kehidupannya begini sekarang

Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kejadian yang tidak diingini Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kelukaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? 

Akhirnya kehilangan pelakon Ida Nerina terjawab, tak sangka kehidupannya begini sekarang
Akhirnya kehilangan pelakon Ida Nerina terjawab, tak sangka kehidupannya begini sekarang

Apakah yang berlaku kepada beliau selepas berpisah dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Zamani Berkahwin!! Zamani Dedah Punca Nekad Kahwin Cepat,Punca Nya Memang Tak Disangka



Semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.

Bagaimanapun, memandangkan ketidakupayaan Ida bergerak, pihak produksi akan membantu pelakon itu daripada segi pergerakannya. “Kita tahu, Ida sudah lama tidak melibatkan diri dalam televisyen dan rasanya pasti ramai peminat merindui dia.

“Alhamdulillah, pada mulanya Ida seperti berfikir panjang untuk menerima tawaran ini tetapi akhirnya dia bersetuju untuk beri kerjasama,” kata Afdlin Shauki selaku pengarah dan penerbitnya pada media di majlis pelancaran program LLS di Hotel Empire, Subang jaya, Selangor semalam.

loading...

Liga Lawak Superstar melibatkan seramai 16 selebriti itu dibahagikan kepada lapan kumpulan antaranya Kamal Adli, Iqram Dinzly, Syafiq Kyle, Akim Ahmad, Mikael Andre, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Aidil Aziz, Anas Ridzuan, Aman Nassim dan Zalif Sidek.

Ia juga melibatkan pelawak seperti Azlee (Senario), Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Ropie, Didie Alias dan Farouk Hussein terlibat sebagai mentor kepada peserta. Kami percaya ramai yang merindui lakonan aktres hebat, Ida Nerina di televisyen mahupun filem.

Selepas kejadian teruk yang berlaku kepada dirinya, Ida lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir. Dengan keadaan dirinya sekarang yang berkerusi roda, Ida seorang wanita yang kuat dan tidak pernah melihat perkara itu sebagai halangan untuk meneruskan kehidupannya.

Tahun lalu, teater arahannya, What’ll Break You/Apocalips telah dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) dan mendapat sambutan menggalakkan. Bukan hanya mengarah, Ida juga masih berlakon dan membuat kemunculan istimewa filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera sebagai Jah Steno selain filemSplit Gravy On Rice.

Hits juga difahamkan ada pihak media yang berminat mahu mengambil gambar terbarunya dalam satu majlis baru-baru ini tetapi dia menolak dengan penuh diplomasi. Mengenali pelakon yang mula dikenali menerusi filem Selubung ini, dia sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadi.

Usahkan pihak media tetapi Ida juga nampaknya meletakkan batasan buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh. Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada soalan yang tidak mahu dijawab.

“Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya. “Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang mahu tahu tentang perkembangan terbaru,

layari sahaja Facebook dan Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan sayang semuanya,” kata Ida ringkas. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Beritaterkini.com via mediaohsem

Suami Ida Nerina lafaz perpisahan di Hari Raya kedua

Shahrin dan Ida ketika 2007. PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan perpisahan terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya. Episod perpisahan itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan perpisahan terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan perpisahan terhadap Ida, beliau telah keluar tinggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu. “Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz perpisahan.

“Namun begitu, dia belum memfailkan kes perpisahan itu lagi,” kata sumber itu. Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha’arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal perpisahan itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

“Saya tengah sibuklah..,” jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian. Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perpisahan Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..,” ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian. Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kejadian yang tak diingini itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi. Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipkul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana ‘mabuk’ memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa. Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lmpuh akibat kelukaan tulang belakang yang dialaminya selepas keadaan itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.
Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini. Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.

Sumber mstar via Sinar Viral Network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post