Rafidah Aziz Dedahkan 5 Sebab Kenapa Sehingga Hari Ini Dia Masih Tidak Bertudung

Rafidah Aziz Dedahkan 5 Sebab Kenapa Sehingga Hari Ini Dia Masih Tidak Bertudung

SHAH ALAM: “Tidak terbabit dosa saya dengan dia. Kalau sekubur sekali pun, dosa masing-masing.”

Rafidah Aziz Dedahkan 5 Sebab Kenapa Sehingga Hari Ini Dia Masih Tidak Bertudung
Rafidah Aziz Dedahkan 5 Sebab Kenapa Sehingga Hari Ini Dia Masih Tidak Bertudung

Itu jawapan Tan Sri Rafidah Aziz ketika mengimbau pertanyaan pemimpin Pas ketika beliau menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO pada tahun 2004 hingga 2007.

ARTIKEL MENARIK: Video) 'Semoga peragut itu dicucuri minyak panas'


Beliau ketika itu menjelaskan lima sebab mengapa beliau memilih untuk tidak bertudung.
“Saya dulu pernah ditanya di Alor Setar di mana ramai tetamu dalam dewan berkenaan.
“Saya ditanya oleh wanita UMNO apabila soalan diajukan oleh Pas kepada mereka. Mereka bertanya mengapa saya tidak bertudung?”
“Saya kata, pertamanya, suami saya tak ada peraturannya.
“Kedua, Kabinet tiada arahan untuk saya buat begitu.
“Ketiga, Perlembagaan Negara pun tak ada.
“(Keempat), kalau dosa tidak bertudung saya tanggung, tidak ada nas dalam mana-mana mengatakan awak orang Pas bersekubur dengan saya.

loading...



“Kelima, kalau ikut agama kita, putus haid tidak payah bertudung,” kata Rafidah dalam Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, agama adalah isu peribadi dan tidak seharusnya dijadikan modal politik.
Sebaliknya, melindungi sesuatu tindakan mencuri adalah tidak wajar dan dilarang dalam Islam.
“Agama ialah peribadi, sempurnakan agama secara peribadi, jangan jaga hal orang tak pasal berdosa mengata orang.
“Jangan ukur luaran. Itu yang ‘klep to berserban labuh’, lagi besar jubah lagi banyak duit boleh simpan poket besar itu.
“Ada juga klepto menjadi imam, berduyun-duyun pergi ke SPRM pagi-pagi. Kalau pergi tengok muka itu macam ahli syurga. Kalau ahli syurga kita dilarang mencuri duit rakyat. Dosa dengan rakyat bagaimana? Dosa dengan Tuhan boleh minta maaf.”
Selain menjadi Ketua Wanita UMNO, Rafidah juga pernah menggalas jawatan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 1987 hingga 2008.
Sumber : Astro Awani
Jawab Rafidah lagi, dosa ialah urusan peribadi yang ditanggung sendiri oleh pelakunya, sekiranya benar seseorang itu melakukan kesalahan, dan terserah kepada pihak yang memandang wanita tidak bertudung untuk menjaga imannya.
Beliau yang pernah digelar Wanita Besi berkata pada masa sama ada sesetengah “klepto berserban” yang berwajah seperti ahli syurga, tetapi rupa-rupanya melakukan perkara tidak elok membabitkan wang rakyat. – KINI TV via KLV


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post