Nampaknya isu mengenai status rumah tangga Rihana Oksana masih belum berkesudahan lagi meskipun sebelum ini peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.
Belum Move On, Rihana Oksana Minta Alamat Istana, Mahu Jumpa Bonda Sultan |
Baru-baru ini, bekas Ratu Cantik Rusia itu ada memuat naik kenyataan di Instagram mendakwa mahu menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai rumah tangganya.
ARTIKEL MENARIK: “Zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit”- Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet RM1,000 Je Simple Tapi Meriah
Kenyataan Rihana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang mencabarnya untuk mendedahkan perkara sebenar.
Namun apa yang menjadi perhatian di ruangan komen entri tersebut, Rihana dilihat meminta alamat Istana Kelantan untuk bertemu dengan Bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.
Bagaimanapun, pertanyaan Rihana itu dibalas dengan nada sindiran oleh netizen yang mengatakan alamat Istana boleh dicari melalui Google sahaja dan tidak perlu bertanyakan kepada netizen.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa muak dengan kisah rumah tangga mereka, malah ada yang mendakwa Rihana seolah ‘gila talak’.
Terdahulu, Rihana terkilan dengan dakwaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menafikan statusnya sebagai bapa kepada anak mereka mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.
loading...
Mahu dedah segalanya
Dalam entri terbaru di IG beliau, Rihana seolah2 mahu menersukan niatnya untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku
“Saya tahu semua orang sangat mahu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya antara kami.
Sebelum ini, saya tidak bersedia untuk menceritakan semuanya.. Kemungkinan, jika saya memberitahu anda kisah sebenar, saya akan merasa lega.. Tetapi, saya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, ianya pasti akan menyakitkan sekali.”
p/s: Semoga kemelut yang melanda perkahwinan mereka dapat di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
SUMBER CARI FORUM via tubeviral
Post a Comment