Memasuki ke gerbang perkahwinan bukannya sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi persiapan untuk majlis perkahwinan, sememangnya menjadi cabaran kepada pasangan yang ingin berkahwin.
“Zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit”- Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet RM1,000 Je Simple Tapi Meriah |
Selain penyediaan dokumen atau borang pernikahan, perbelanjaan majlis merupakan salah satu isu utama yang seringkali dibincangkan antara pasangan dan ahli keluarga
ARTIKEL MENARIK:
Kalau yang lahir dalam keluarga yang berada, mungkin tak jadi masalah tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, ‘kos’ kahwin merupakan satu isu yang agak besar dan perlu bijak dalam menguruskan belanja.
Untuk mereka yang nak berkahwin tu mungkin boleh cuba tips yang diamalkan wanita ini, meskipun dia dan pasangan mempunyai kerjaya yang bagus dan berkelulusan tinggi namun ia tidak menghalang mereka untuk melangsungkan majlis yang simple namun meriah dengan hanya menelan belanja kira-kira RM1,000 sahaja.
*sekarang ni dorang dah ada baby yang comel tau.
“Zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit 😒😒😒deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong …”
Tiada pelamin.Tiada jurugambar professional.Tiada photoshoot .Tiada kompang .Tiada orang bersilat .Tiada acara sambut pengantin .Tiada dj radio .Tiada makan beradab .Tiada acara potong kek .Tiada gadis-gadis dulang hantaran .Tiada bridesmaid .
Tiada kasut pengantin 😂😂😂 yang ni lawak 😂😂😂 Tiada crown , Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak 😏Tiada honeymoon 😂😂😂Tiada ibu ayah disisi saya 😆😆😆
Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang .Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian.Yang ada hanyalah jiran tetangga .Yang ada hanyalah guru – guruku .Yang ada hanyalah ibu saudaraku .Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki
loading...
Wang Hantaran Rm500.00 .Mas kahwin sebentuk cincin emas .Kenduri doa selamat sahaja ( Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya 😊)
Total perkahwinan kami : bawah Rm1k
Sebelum tu , rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang 😌😌😌, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan , yang menyusahkan adat ( adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan ) . Alhamdulillah , untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan 🌹.
Suami aku Degree holder untuk HBP, USM
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi 😒Dean list , 😌😌😌
Kerja 😆😆😆 suamiku supervisor , aku kerja kat site.
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi 😒Dean list , 😌😌😌
Kerja 😆😆😆 suamiku supervisor , aku kerja kat site.
Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran .
To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai ? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand ? Kenapa and mengapa ? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah
Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala . Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya , sebab kedua , zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit 😒😒😒deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong … 😂😂😂 Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni 😂 daripada p kelas jalan kaki , ligan bas , ada moto, habis belajaq kami bantu antara satu sama lain p interview sama sama , cari kerja semua , sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup … Sebab keempat , suami aku suka ikut aku p bagi makan kat gelandangan di komtar 😂😂😂😂 , aku suka beramah mesra dengan orang . Sebab kelima , satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik adik aku duduk , dia lihat sendiri ,dia rasa sendiri apa aku rasa disitu . Dan sebab terakhir , tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah .
Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family , menjaga adik adiknya yang ramai , 😆😆😆Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya .. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku .
Nota kaki : Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun , majlis yang besar , hantaran yang tinggi and all that , but for me , please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa , marhean ni . For sake 🙏RESPECT .
#masa raya ketiga makcik aku yang jaga aku sponsor majlis sikit 😆yang tu rezeki tak terduga . Yang tu memang rezeki anak masa tu . Yang tu merasa naik pelamin sat 😆😆😆tapi pakai baju raya 😂😂😂😂 takdak crown takdak rupa pengantin 😂
SAYA SAYANG KAMU LILLAHITAALA ♥️
Ikhlas,
Bini kamu yang gebu dan comel 😆
Bini kamu yang gebu dan comel 😆
Sekarang ini mereka berdua sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel.
Mesti ramai terkejut kan? Namun itulah yang dilakukan pasangan ini malah majlis yang berlangsung juga masih meriah.
Apa yang penting kehidupan selepas kahwin kan? Sekarang ini mereka berdua sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel dan mereka nampak bahagia bersama anak yang tersayang.
Yang penting tu menghalalkan hubungan sebagai suami isteri, bukannya majlis yang super grand sampai buatkan pengantin ‘papa kedana’ lepas kahwin, yer dak?
Sumber : Lobak Merah via kecoh betul
Post a Comment