Abang sumbat pistol dalam mulut adiknya yang masih bayi setelah melepaskan 3 das tembakan

Abang sumbat pistol dalam mulut adiknya yang masih bayi setelah melepaskan 3 das tembakan

Seorang lelaki di Arab Saudi ditahan polis selepas klip video yang menunjukkan dirinya melepaskan beberapa das tembakan sebelum menyumbat muncung pistol itu ke dalam mulut bayi. 

Abang sumbat pistol dalam mulut adiknya yang masih bayi setelah melepaskan 3 das tembakan
Abang sumbat pistol dalam mulut adiknya yang masih bayi setelah melepaskan 3 das tembakan

Difahamkan, video itu dirakam di Riyadh, oleh abang kepada bayi itu yang melepaskan tiga tembakan ke udara untuk menyambut kelahiran bayi itu.

ARTIKEL MENARIK: Guru tuisyen rogol pelajar 285 kali, janji akan kahwin dengan mangsa bila berusia 18 tahun


Dalam video itu kedengaran seorang lelaki meminta suspek membiarkan bayi itu menghidu bau belerang peluru, lalu dia menyumbat muncung pistol itu ke dalam mulut mangsa. 

Jurucakap Polis Riyadh, Chaker Sulaiman, berkata, suspek berusia 20-an itu telahpun ditahan. Polis turut merampas senjata api yang digunakan dalam kejadian itu untuk siasatan. 

"Suspek berusia 20-an telah ditahan dan senjata yang digunakan juga telah dirampas. Suspek akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. 

loading...

Suspek akan didakwa di mahkamah kerana mendatangkan bahaya pada mangsa dan juga menyalahgunakan senjata api. 

Meraikan sesuatu dengan menggunakan senjata api adalah menyalahi undang-undang di Arab Saudi di mana tembakan rambang itu selalu menyebabkan kecederaan dan kematian yang tidak disengajakan. 

Sumber: Daily Mail via The Reporter 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post