Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu

Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu

Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang, Indonesia, meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan.

Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu
Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu

Mangsa, Elsa Pitaloka, mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di Talang Buluh, Banyuasin dilanda jerebu toksik selama beberapa minggu yang turut menjejaskan kira-kira 800 isi rumah.

ARTIKEL MENARIK: Guru tuisyen rogol pelajar 285 kali, janji akan kahwin dengan mangsa bila berusia 18 tahun


Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semalam. 

Menurut doktor pakar, Elsa meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria. Tetapi masih belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atas mangsa. 

loading...

Difahamkan, Elsa dilahirkan sebagai bayi yang sihat dan normal, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun masalah pernafasan itu tiba-tiba menyerangnya. 

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik. 

Sumber: Jogjaininside via The Reporter 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post