Seorang pelajar berang telefon bimbitnya dirampas guru setelah kantoi membawa peranti itu ke sekolah.
(Video) Cikgu rampas handphone pelajar yang sedang main PUBG dalam kelas, tetapi diugut dengan parang |
Tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu, pelajar terbabit pulang ke rumah dan kembali semula ke sekolah dengan parang di tangan untuk menuntut semula telefon bimbitnya.
ARTIKEL MENARIK: Isteri maut digigit suami
Menurut laporan Lobak Merah, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Indonesia pada 6 September lalu.
Pelajar terbabit didapati sedang bermain permainan video PUBG semasa gurunya sedang mengajar.
Bimbang dengan keselamatan diri terancam, guru berkenaan terpaksa mengalah dan memulangkan telefon bimbit itu kepada pelajar terbabit dengan mengheret peranti itu dari jauh.
Seorang siswa yang diduga kecanduan game online, ketahuan guru, lalu HP disita. Dia pulang ke rumah, datang lagi ke sekolah sambil bawa senjata tajam untuk mengambil HP nya. :') pic.twitter.com/sLWY2N6NpG— Azabkuburpedih 🔥 (@Azabkuburpedih) September 11, 2019
loading...
Difahamkan, pelajar itu telah memohon maaf kepada gurunya dan kedua-dua pihak berdamai. Guru itu juga tidak akan membuat laporan polis terhadap pelajarnya tetapi tindakan tegas tetap akan dikenakan terhadapnya.
Sumber: Lobak Merah via The Reporter
Post a Comment