“Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Saya akan merinduimu Ainul,” berikut merupakan bingkisan akhir Dr. Amalina Bakri buat insan kerdil yang dirawatnya sejak sebulan lalu, adik Ainul Mardhiah.
Sebelum Pulang Ke Malaysia,i Ini Kata Terakhir Ibu Bapa Ainul Kepada Dr Amalina Yang Buat Doktor Ini Sebak |
Melayangkan kata-kata tersebut di Instagram, Amalina turut mengutuskan doa dan harapan agar Ainul membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.
ARTIKEL MENARIK: Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, Ini yg terjadi kepada syarikat swasta
“Ia perjalanan penuh emosi, ada naik dan turut tetapi Ainul dan kedua-dua ibu bapanya tetap kuat, mereka tak pernah berputus asa.
“Alhamdulillah, Ainul menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan saya tak sabar melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti kanak-kanak lain,” tambah Amalina lagi.
Coretan Dr Amalina
I will miss you, Ainul. It has been an emotional journey – there were ups and downs but Ainul and her parents were really strong. They went through a lot of obstacles and challenges, but they never give up. Alhamdulillah Ainul made an excellent progress. I can’t wait to see you running around a playground like any other kids! Thank you to all of you who have contributed in this great mission – you know who you are. Selamat pulang ke Malaysia. Please come back again to London soon, we all love you!
Kata Kata Istimewa Ibu Bapa Ainul Kepada Doktor Amalina
Ucapan Amalina turut disambut keluarga Ainul yang menghadiahkan Amalina sebatang pen dan sekeping kad ucapan.
“Terima kasih untuk segala pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.
“Kami sanagt menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.
“Semoga Allah sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Terima kasih,” tulis kedua-dua ibu bapa Ainul, Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin.
“AINUL stabil. Dia sedang tidur mungkin sebab ‘jet lag’ kerana perjalanan yang panjang,” kata bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.
Ahmad Safiuddin berkata, anaknya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
loading...
“Doktor ‘happy’ (gembira) dengan keadaan Ainul sekarang. Mereka juga sudah memeriksa Ainul dan setakat ini, tiada apa-apa masalah termasuk kesan di atas pesawat.
“Ketika ini, pakar yang merawat Ainul sedang mengawasi Ainul di PICU. Mereka berbincang sesama mereka apa yang akan dilakukan, termasuk rawatan susulan serta membuat perancangan seterusnya untuk anak kami,” katanya ketika ditemui di HKL bersama isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 23.
Turut kelihatan, datuk dan nenek kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Razak Joffri, 53, dan Salmah Atan, 50, (ibu bapa Ahmad Safiuddin) dan Zaidi Abdul Ghani, 53, dan Nor Leha Ikhyar, 44 (ibu bapa Nurul Erwani).
Ahmad Safiuddin berkata, dia kini berulang alik dari Shah Alam ke HKL bagi mengawasi keadaan kesihatan anaknya itu.
“Kami hanya boleh lihat Ainul ketika waktu melawat saja. Apabila saja selesai waktu melawat, kami balik sebab hanya doktor dan jururawat yang boleh menjaganya bagi mengurangkan kesan jangkitan.
“Walaupun sudah keluar dari PICU dan dimasukkan ke wad biasa nanti, kita mungkin akan hadkan untuk orang ramai melihat Ainul berikutan dia kini dalam fasa ‘recovery’ (pemulihan),” katanya.
Dalam pada itu, Salmah berkata, walaupun tidak dapat berjumpa dengan Ainul ketika ini, namun dia bersyukur apabila cucunya itu sudah pulang ke Malaysia.
“Macam orang lama kata, tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumah pun jadi.
“Namun, apa-apa pun kami sangat bersyukur yang kesihatan Ainul semakin baik berbanding dengan dulu. Macam tak percaya apabila ia sudah dibuang,” katanya.
Katanya, dia datang ke HKL bersama suaminya untuk memberikan sokongan kepada anak dan menantunya.
“Kekuatan Ainul datang daripada ibu bapanya, dan kekuatan ibu bapa Ainul datang daripada ahli keluarga dan doa orang Malaysia.
“Macam semalam Safiuddin dan Erwani minta nak makan ayam kampung masak lapis yang saya masak. Hari ini mereka nak makan sambal tempe goreng yang Nor Leha masak pula.
“Walaupun sumbangan kami ini kecil, namun kami berharap ia boleh membantu menaikkan semangat mereka berdua,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Leha turut melahirkan rasa syukur berikutan kesihatan cucunya itu kini bertambah baik.
“Walaupun, tak dapat peluk dan cium Ainul tapi tidak mengapa. Janji Ainul sudah pulang dan fokus ketika ini adalah agar cucu saya segera sembuh,” katanya.
Ahmad Safiuddin ketika ditemui di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
p/s: Semoga Adik Ainul terus sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. Doa rakyat Malaysia sentiasa bersama adik Ainul
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : GEMPAK / HMETRO ONLINE via tubeviral
Post a Comment