Hilang Nikmat Kerana S0mbong, Berpisah Pula Dengan Isteri –Luahan Sebak Bob Lokman

Hilang Nikmat Kerana S0mbong, Berpisah Pula Dengan Isteri –Luahan Sebak Bob Lokman

ROCK dan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.

Hilang Nikmat Kerana S0mbong, Berpisah Pula Dengan Isteri –Luahan Sebak Bob Lokman
Hilang Nikmat Kerana S0mbong, Berpisah Pula Dengan Isteri –Luahan Sebak Bob Lokman

Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu, tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

ARTIKEL MENARIK:   Inilah Gambar Eksklusif Anak Kesayangan Faizal Hussien Yang Jarang Diperlihatkan Oleh Media


Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.
Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings)Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai.
“Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.
Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejutan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.
Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam.
Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.
“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya.
Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lvmpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun.
“Bermula daripada lvmpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena s4kit jantvng dan dar@h tinggi.
“Saya kuat mer0k0k. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.
Selain menulis lirik, Bob juga pernah aktif bergelar pengacara.
Selepas mengalami lvmpuh, Bob diuji pula dengan kere3takan rumah tangga.
Baginya, ujian kesihatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehilangan seorang isteri.
“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

loading...

Perpi1sahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya.
Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta.
“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya.
Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.
“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang s0mbong sebab saya s0mbong ketika saya popular.
“Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya.
Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.
“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang s0mbong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan.
“Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang s0mbong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.
Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis vbat dengan kos lebih RM1,000 sebulan.
Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar s4kit, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.
Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengidap ketvmbuhan di bahagian 0tak ketika kecil telah meningg4l dunia selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.
Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.
“KEPADA ibu bapa, saudara mara dan rakan, kalau saya ada dosa pada semua, saya minta maaf. Kalau ada sikit pun saya minta maaf juga,” pinta pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini uzur akibat masalah jantung sejak empat tahun lalu.
Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkata, dia juga mengingatkan kepada kenalannya agar menuntut hut4ng daripada ahli keluarganya selepas meningg4l dunia.
Menurut Bob, dia sudah merancang untuk membayar hut4ng namun tidak ingat individu terbabit dan jumlah.
“Kalau saya ada hut4ng, boleh jumpa keluarga saya kalau sudah meningg4l. Dalam masa sama, saya sudah merancang untuk bayar semua hut4ng, tapi tidak ingat pada siapa saya hut4ng sikit atau banyak.
“Untuk jumlah banyak, saya sudah tulis. Insya-Allah isteri akan selesaikan secara perlahan-lahan.
“Masalah sekarang saya tidak ingat jumlah yang sikit. Namun, mana yang ingat saya sudah maklumkan kepada isteri dan anak agar selesaikan masalah ini. Saya tak nak jadi orang ‘muflis’ di padang mahsyar nanti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di Sungai Buloh, petang tadi.
Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella berpesan kepada semua kenalan agar segera bertaubat sebelum ajal tiba.
“Saya ramai kawan daripada segenap usia, golongan dan sikap. Kepada rakan, kita sudah lalui satu kehidupan suka, seronok, melompat pergi konsert, berhari raya, balik kampung bersama, pergi perarakan Maulud Nabi dan banyak lagi. Pendek kata, kita sudah buat macam-macam.
“Namun, satu perkara kita jangan lupa buat adalah bertaubat sebelum mati. Mengenai kehidupan dahulu Allah tidak ambil kira. Kalau kita bertaubat dan dapat jadi manusia baik di sisi Allah dan mati dalam Islam, insya-Allah kita masuk syurga sama-sama,” katanya.
Mengenai keadaan kesihatannya sekarang, bapa kepada lapan cahaya mata itu mengalami kehilangan suara sejak sebulan lalu, pergerakan terbatas dan memerlukan bantuan pernafasan di rumah.
“Saya masih boleh berjalan, tetapi dalam jarak 20 meter saja. Itu pun saya perlu rehat dua kali. Malah, saya solat dalam keadaan duduk.
“Makan pula, saya sudah tidak rasa apa kecuali makanan manis. Apa dilalui sekarang sudah tidak ada nikmatnya. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Sementara itu, Bob berterima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang membuat lawatan mengejut ke rumahnya pagi tadi.
“Saya tidak tahu dia nak datang. Agak lama juga kami tidak berjumpa. Sebelum ini saya selalu juga ke pejabatnya. Apa boleh dikatakan, beliau seorang sahabat yang baik.
“Beliau mengetahui keadaan saya uzur selepas membaca akhbar Harian Metro hari ini. Ketika pertemuan kami, beliau sempat membacakan doa dan menitipkan madu Sidr.
“Pun begitu, kami tidak berpeluang berborak lama kerana beliau kesuntukan masa disebabkan komitmen kerja lain,” katanya.
p/s: Semoga kisah penghijrahan Bob ini menjadi contoh kepaa masyarakat, terutama kepada artis-artis baru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 
Sumber  : Mstar via tubeviral


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post