Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, Ini yg terjadi kepada syarikat swasta

Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, Ini yg terjadi kepada syarikat swasta

Hari ini tular di media sosial sekeping memo syarikat tidak memberikan cuti umum kepada pekerja. Adakah apa yang dilakukan syarikat tersebut salah? Mari baca komen dari Jabatan Tenaga Buruh.

Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, Ini yg terjadi kepada syarikat swasta
Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, Ini yg terjadi kepada syarikat swasta

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berkata syarikat-syarikat yang enggan memberikan cuti pada pekerja mereka sempena Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong, yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum, akan berdepan dengan tindakan.

ARTIKEL MENARIK: YDP Agong dan Raja Permaisuri Imbau Kenangan Manis Majlis Perkahwinan 33 Tahun Lalu. Memang manis


Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada memo yang dikeluarkan sebuah syarikat percetakan kepada pekerjanya.
Dalam memo itu, syarikat berkenaan menegaskan bahawa hari cuti umum untuk tahun ini sudah ditetapkan untuk 11 hari dan ia “tidak akan menganggap Hari Pertabalan Agong sebagai cuti umum”.
Memo itu turut berkata bahawa syarikat berkenaan “tidak akan menghiburkan sebarang pengumuman cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan” dan pekerja yang gagal hadir untuk bekerja akan menerima surat amaran.
syarikat swasta disiasat
Sementara itu, JTKSM berkata perkara berkenaan sedang disiasat oleh unit pematuhan undang-undangnya.
“Majikan akan dimaklumkan mengenai tanggungjawabnya untuk mematuhi Seksyen 60D (1) Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan.
JTKSM menambah bahawa seksyen 60D (1) (a) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa hari cuti umum dalam setahun adalah 11 hari, Seksyen 60D (1) (b) juga menyatakan bahawa kerajaan boleh mengisytiharkan hari cuti tambahan sebagai cuti umum selaras dengan Akta Cuti 1951.
“Oleh itu, jumlah cuti umum yang dibayar untuk pekerja pada tahun 2019 adalah sejumlah 12 hari.
“JTKSM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang enggan mematuhi kewajipannya di bawah Seksyen 60D Akta Kerja 1955,” katanya.
Sebelum ini, pada 26 Julai lalu, kementerian tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tarikh 30 Julai yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan YDPA.

loading...

Ia juga cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.
“Jumlah keseluruhan hari cuti umum berbayar bagi para pekerja pada tahun 2019 adalah berjumlah dua belas (12) hari,” jelasnya lagi.
Berdasarkan kepada peruntukan itu, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja.
Sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, pekerja yang bekerja pada tarikh itu layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.
Menurut kementerian itu lagi, cuti yang diisytiharkan Kerajaan Persekutuan itu adalah mengikut Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kementerian menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan bagi menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan memberi cuti umum tambahan itu kepada pekerja selain menggariskan hak pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan di Malaysia.
Hari Pertabalan Agong ditetapkan pada 30 Julai ini, bersamaan hari Selasa.
Sumber: Malaysia Kini via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post