Pernah Diejek Rakan, Gadis Ini Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Essex

Pernah Diejek Rakan, Gadis Ini Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Essex

Jangan sesekali kita memperndahkan status seseorang tentunya kita tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Pernah Diejek Rakan, Gadis Ini Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Essex
Pernah Diejek Rakan, Gadis Ini Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Essex

Walaupun sering diejjek oleh rakan-rakan sebaya sewaktu kecil sebagai anak pendatang, namun semangat untuk mejadi seorang insan berjaya dapat dibuktinya.

Kisah mengenai seorang gadis berumur 23 tahun pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian Kelas Pertama ini telah bangkit dan buktikan kepada orang ramai bahawa bukan semua anak ‘pendatang’ tidak boleh berjaya.

ARTIKEL MENARIK: “Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran..” – Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu


Kisahnya dikongsikan oleh Khairul Aiman menerusi laman Facebooknya mengenai gadis yang bernama Nur Ain berasal daripada Terengganu ini boleh dikatakan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman dan kampung bahkan dia juga menceritakan duuka dan suka sebelum bergelar pelajar Kelas Pertama daripada Universiti Essex, London.
Sebelum ayahnya berkahwin dengan ibunya, dia merupakan seorang perantau dari Medan berturunan Batak Karo. Merantau jauh dari negara ke sebuah negara akhirnya menetap di Terengganu dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Terengganu.
Walaupun awalnya, ayah gadis ini baru bertatih dalam Islam, namun kecekalan mereka dari awal mengucap syahadah hinggalah azan untuk cahaya mata, semuanya kecintaan pada Islam.
Dulu bang, Ain tak faham apa yang orang kampung kata masa dekat sekolah. Semua orang panggil Ain dengan adik beradik PATI. Ain diam je. Ingatkan dia gurau-gurau je. Sikit-sikit PATI, sikit-sikit PATI. Bertahun juga orang panggil, Ain diamkan je. Bila dah besar sikit baru faham. Dia kelaskan kita sebagai orang luar. Pendatang. Kelas kedua.
“Masa mula-mula, Ain fikir juga apa yang lainnya kita ni. IC sama biru, bahasa sama cakap Terengganu. Tapi bila tahu, rupanya sebab ayah Ain keturunan Batak.Mereka panggil Ain macam-macam. Ain tetap diam”.

loading...

Abang kakak awak macam mana?
Abang paling teruuk, dia pendiam. Kena sabotaj motor, cermin hilang. Ada yang letak sampah atas kepala, kena cemuuh. Abang biasa pendam, kalau dia kena dekat sekolah atau luar sekolah, kami tahu. Reaksi dia lain, tapi dia pendam tak cakap. Kemuncaknya, abang kena pukuI. Habis merah berdarrah baju sekolah dia. Kami semua terkejut. Lepastu terus tukar sekolah.
Jadi kami satu keluarga ada antara kami je. Kami tak ada orang lain bang. Susah senang, jerit pediih semua antara kami. Keluar rumah tu, macam sempadan tak bertepi.
Perit yang dirasainya apabila ayahnya jatuh sakit dan tidak mampu menyara keluarga. Jadi, sejak dari kecil gadis ini bertungkus lumus mencari rezeki bersama ibu tercinta semata-mata untuk jadikan wang belanja.
Pernah masuk hutan semta-mata mencari pucuk paku untuk dijual seikat 50 sen. Gadis ini juga pernah melakukan kerja angkat buah kelapa sawit, susun pelepah sawit dan membaja. Walaupun pernah peroleh Rm 5 untuk seguni kelapa sawit.
Jerih, anak gadis ini berjuang demi wang. Sedang aku seusia dia, cuma pernah kerja kedai makan dan sudah rasa terlalu payah.
Dari sekolah rendah dulu kalau Ain balik rumah, memang tak ada makanan. Apa yang ada dekat rumah biasanya mak akan masak malam, dan kami makan apa hasil yang dapat. Jadi, makanan bukan satu keutamaan bang. Sebab tu dah terbiasa.
Pernah diperIekehkan dengan orang kampung, namun kuasa Tuhan itu adil tunjukkan kepada orang kampung di mana kesemua adik beradiknya dapat masuk universiti paling dibanggakan lagi anak bongsu inilah, gadis bernama Nur Ain Hidayani.
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
p/s: Semoga kisah gadis ini menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya dalam pelajaran. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitulah ada jalanya
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
Sumber: Khairul Aiman , Nur Ain Hidayani via SiakapKeli 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post