“Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran..” – Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

“Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran..” – Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

Bila tiba bulan Ramadan, ramai individu mengambil kesempatan untuk berniaga bagi menjana pendapatan sampingan yang perlu dibelanjakan menjelang Aidilfitri nanti.

“Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran..” – Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu
“Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran..” – Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

Namun nasib ibu kepada Syaza Nur Sahira kurang bernasib baik apabila jualan lauk-pauk mereka di Arked Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) tidak memperoleh sebarang hasil pada hari pertama puasa.

ARTIKEL MENARIK: Lain Macam Gaya Kejut Bangun Subuh Warden Ni, Terbaik!


Tolong Doakan Untuk Rezeki Mama! Sedih Sangat Tengok Dia
My mom was beyond happy when she’s about to niaga after such a long time but today tak ada rezeki. Please doakan untuk rezeki mama ! Sedih sangat tengok dia harini pic.twitter.com/9nrmNpybkV
— Ehem (@_sahirahusni) May 8, 2019
“Saya tengok mama sangat teruja nak berniaga nasi berlauk sebab dia dah lama tak berniaga. Waktu itu, saya tolong mama berniaga.

“Tetapi nasib tak menyebelahi kami sekeluarga sebab tak ada seorang pelanggan pun yang beli di gerai kami. Riak muka mama dah mula nampak sedih, tak sampai hati nak tengok,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, lauk-pauk berkenaan terpaksa diberikan pada jiran-jiran kawasan rumah mereka.



Ibunya Cik Rohaya Ahmad berkata, situasi tersebut membuatkan dia terpaksa menanggung banyak kerugian tetapi tidak mahu mengenangkan kembali perkara itu.

“Perasaan masa itu Allah sahaja yang tahu, rasa macam penat lelah tak berbaloi tetapi bila saya memikirkan anak-anak, saya terus kuatkan semangat,” ujarnya.


loading...

Terima Kasih Yang Membeli


Walau bagaimanapun setelah posting Syaza tular di laman Twitter, gerai mereka mula dikunjungi pelanggan yang sudi singgah untuk membeli jualan mereka.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post