Sarah Hildebrand Dedah Punca Putus Cinta

Sarah Hildebrand Dedah Punca Putus Cinta

Pelakon Sarah Hildebrand tampil dengan pengakuan dan pendedahan sebenar punca tidak lagi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

Sarah Hildebrand Dedah Punca Putus Cinta
Sarah Hildebrand Dedah Punca Putus Cinta

Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuIi dan dihiina.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Aishah Kata Barang Kemas 80 Sen, Ini reaksi padu DSV


“Saya sering melakukan perkara yang tidak patut. Banyak kali teman rapat saya meminta saya meninggalkan dia, saya selalu memberikan alasan sebab saya mahu jadi optimistik.
Selalu elak bab kahwin
“Sepanjang perhubungan, saya sering dihina dan dibuli. Tidak wujud komunikasi apabila berbicara tentang masa depan bersama. Sudah tentu ada niat tetapi dia sering melencongkan topik tersebut. Saya penat!
“Saya sering dituduh currang kerana katanya ‘saya ada potensi’ (berbuat sedemikian), tetapi pada suatu hari Allah maha adil, bekas kekasih saya mengaku dia berlaku currang dengan seorang gadis lain.
“Namun, saya masih cuba untuk memperbaikinya (sebab saya b0doh!).
“Saya ingatkan saya boleh melupakannya dan hubungan kami kembali jernih tetapi gagal. Saya dihantui dengan sikapnya.
“Jadi, bayangkanlah sendiri selama tempoh lima tahun saya diIukai berulang kali semestinya seseorang itu akan putus asa dalam perhubungan yang sudah dibina,” dedah Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.
Disebabkan itu kata Sarah dia mengambil keputusan untuk fokus pada karier dan mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya.
Pintu rezekinya terbuka luas, karakter Nadine dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mencuri hati peminat.

loading...

Dituduh perempuan jaIang
“Namun, saya ditvduh pula mahukan populariti dan dituduh menghissap kemaIuan pengurus saya. Maaf saya bukannya perempuan jaIang!
“Saya akan pastikan setiap wang yang diterima datang daripada sumber yang halal kerana saya menjaga ibu saya dan takkan biarkan rezeki itu datang daripada duit harram.
“Itu sudah meIampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambbus, dan itulah yang saya lakukan!” tambahnya.
Pendedahan Sarah itu dengan niat yang murni untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai agar belajar daripada kesilapannya.
Kata Sarah, tidak salah untuk meninggalkan sesuatu perkara seandainya hati tidak tenang.
“Kalau seseorang tidak membuatkan kamu gembira, tinggalkan dia.
“Anda tidak perlu memberikan apa-apa alasan melainkan sayangi diri sendiri terlebih dahulu,” ujar Sarah lagi.
“Ya, Kami Sudah Putus Dan Suprisingly Dia Dah Move On Dengan…”- Nabil Mahir & Sarah Hildebrand Berpisah Selepas 5 Tahun
Sebelum ini Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pernah mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir 
Nabil berkata dia tidak menyangka selepas hampir lima tahun bercinta, Sarah kini sudah bersama dengan lelaki lain.
“Ya, benar kami sudah putus dan surprisingly Sarah sudah pun move on dengan lelaki lain.
“Saya terkejut bila tengok di Instagram miliknya dia sudah bersama dengan orang lain. Baru sahaja.
“Bagaimanapun tidak dinafikan memang ada terjadi perselisihan faham antara kami sehingga membuat kami mengambil haluan sendiri,” katanya.
Nabil ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran produk kosmetik Anas di Flora Terrace pada Isnin.
Nabil diminta mengulas mengenai huhungan mereka selepas dilihat telah memadam gambar mereka berdua di laman Instagram.
Pun begitu, Nabil meminta supaya bertanya sendiri kepada Sarah mengenai hal itu, biarpun menyedari terdapat perbezaan versi cerita antara mereka berdua mengenai punca perpisahan berkenaan.
“Saya pun sukar nak ulas mengenai punca perpisahan kami, namun apa yang saya boleh katakan tiada lagi persefahaman antara kami berdua.
“Lagipun saya sebenarnya sudah menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri Sarah sejak beberapa bulan lalu setelah berasa ada jarak antara kami,” jelasnya.
Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu mengambil tindakan memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial.
Sumber : Astrogmpak via tubeviral


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post