Aishah Azman perlu masa bersendirian selepas putus tunang “Syukur Allah beri petunjuk”
Biodata Aishah Azman, Rupanya dia adik seorang pelakon terkenal |
PELAKON Aishah Azman berkata dia memerlukan masa untuk bersendirian selepas ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip dilaporkan terle3rai beberapa hari lalu.
ARTIKEL MENARIK: Ini kenyataan terkini Syafie Naswip mengenai isu pvkuI bekas tunang
Aishah, 23, ketika dihubungi mStar pada Rabu meluahkan perasaan syukur dengan petunjuk yang Allah berikan kepadanya.
“Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu.
“Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja.
“Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya,” kata Aishah kepada mStar.
Pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah ini juga berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika binti Azman Shah. Popular sebagai ‘Aishah Azman’.
2. Kelahiran Kelantan, Malaysia pada 8 Mei 1996.
3. Kini berusia 23 tahun.
4. Ibunya bernama Hasliza Mohd. Manakala abangnya, Afiq Muiz merupakan seorang pelakon yang pernah meledak menerusi drama Mimpi Cinderella.
5. Berkelulusan Diploma dalam jurusan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
6. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai aktres dan model sejak tahun 2016.
7. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip, Namaku Bedah, Mencintaimu Mr. Photographer dan Cinta Hati Batu.
8. Antara lain, kemunculannya di kaca televisyen menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta, Impian Lulu, Jangan Ikut Aku, Raisha, Inai Yang Hilang, Pengantin 100 Hari, Isteri Dalam Sangkar, Waliuddin 2 Ringgit, Sesegar Nailofar dan Bukan Cinta Aku.
loading...
9. Termasuk telefilem Oh Cikgu Aminah, Hey Missy, Songket Mak Andam, Bini Muda, Love You Miss Pomen, Kakak Iparku Memang Win, Khalifahkah Aku, One Last Raya Bersama dan Di Pinggir Ilusi.
10. Mengikat tali pertunangan dengan aktor Syafie Naswip pada 7 April 2019 selepas berhubungan cinta sejak tahun 2018.
Fakta Menarik
Menyifatkan dirinya seorang yang peramah dan gemar berjenaka, meskipun memiliki wajah yang g@arang!
Menolak gi1mik murahan dan kontorve3rsi untuk melariskan nama.
Ingin berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti diraih abangnya.
Menolak gi1mik murahan dan kontorve3rsi untuk melariskan nama.
Ingin berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti diraih abangnya.
Semuanya tinggal kenangan
Terdahulu, Syafie berkata keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat atas persetujuan bersama selepas berdepan dengan dugaan berat. Bagaimanapun, Syafie menegaskan ikatan pertunangan yang putus itu bukan disebabkan orang ketiga dan pihak keluarga.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu dan merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini
sumber: iluminasi.com, mstar via tubeviral
Post a Comment