Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda ‘mendapat alamat’ sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya, 33 tahun lalu.
Sebelum dilamar, Permaisuri Agong pernah mimpi dipatuk ular |
Menariknya, seperti yang selalu didengar dalam petua orang-orang lama, Tunku Azizah berkongsi bagaimana baginda menerima mimpi dipatuk ular sebelum disunting menjadi suri hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
ARTIKEL MENARIK: Ikrar Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16
“Saya beritahu kekanda, jika dalam mimpi dipatuk ular, orang Melayu percaya itu tandanya hendak berkahwin.
“Dalam mimpi itu, saya berada di dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan sedang duduk di atas singgahsana seperti di istana. Ada tiga lelaki bertanjak dan berkeris datang, meminta saya berkahwin.
“Saya memberitahu bonda mengenai mimpi kisah saya dipatuk ular, manakala yang lain, saya simpan untuk diri sendiri,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Menurut kepercayaan orang Melayu, mimpi dipatuk ular membawa maksud akan berkahwin atau menerima pinangan.
‘Kata ya ajelah’
Lebih menarik lagi, menurut Tunku Azizah, lebih tiga minggu kemudian, baginda menerima rombongan meminang yang diketuai oleh tiga orang yang berwajah sama seperti dalam mimpinya, iaitu ayahanda saudara kepada Tengku Mahkota Pahang (kini Yang di-Pertuan Agong), tetapi kali ini tidak bertanjak seperti dalam mimpinya.
loading...
“Ayahanda bertanya, adakah Tengku Mahkota yang hendak berkahwin atau ia perkahwinan yang diatur ayahanda dan bonda. Jika ia diatur, pinangan itu tidak akan diterima.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari ayahanda menyatakan pinangan itu sudah diterima, tetapi terlupa hendak memberitahu saya. Titah ayahanda, kata ‘ya ajelah’,” cerita baginda lagi.
Pasangan itu diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 manakala majlis persandingannya pula diadakan pada 19 Julai tahun yang sama di Istana Johor, mengikut adat istiadat perkahwinan diraja serta dihadiri 8,000 tetamu.
Tunku Azizah merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.
Semoga di beri kesihatan yang baik Tuanku dan Tuanku permaisuri…
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mkini
Post a Comment