“USTAZ menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama..’
“USTAZ menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama..’ |
USTAZ yang ditemui menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama.
ARTIKEL MENARIK: “Saya ingin memohon maaf kepada semua” Fizo sedia naik mahkamah.
“Dia turut menasihatkan yang mana boleh dibaiki, saya kenalah baiki,”
demikian kata penyanyi Zamani Slam yang menyambut baik saranan itu apabila membuat pengumuman akan bertunang pada 15 Jun lalu.
Pengumuman mengejut berkenaan hasratnya itu dengan gadis bernama Nur Juliana Abdul Rani dibuat di depan peminat pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani anjuran syarikat miliknya, ZIME Production di Ampang.
Zamani atau Zamani Ibrahim, 48, berkata, pada Ramadan lalu, dia pergi ke Kedah selama dua minggu untuk berjumpa ustaz itu atas urusan peribadi.
“Kesempatan bertemunya inilah, saya menjelaskan sudah lama berkawan dengan gadis itu dan minta pendapatnya.
Tidak yakin pada mulanya
“Sudah lama saya berhasrat nak tamatkan zaman bujang dan bergelar suami kepada Juliana tetapi belum ada keyakinan yang cukup kuuat.
Setelah mendapat nasihat ustaz, tekad mahu berkahwin
“Alhamdulillah, kata-kata ustaz ini benar-benar meressap dan memberi kesedaran kepada saya untuk bertekad melakukannya (berkahwin),” katanya kepada Harian Metro.
Zamani yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang bagaimanapun enggan memberitahu tarikh sebenar pertunangan itu dan hanya bersedia mengumumkannya apabila tiba waktunya.
loading...
Zamani sudah lama mengenali Juliana atau Julie yang turut bertindak sebagai pembantu peribadinya.
Bahkan wanita itu sering hadir memberikan sokongan ketika Zamani menyertai program Geg4r Vaganza 5.
Dia juga antara individu yang kuuat memberikan kata-kata semangat apabila Zamani berdepan masalah dalam kariernya.
Zamani kini tampil dengan single terbaru berjudul Aduh ciptaan komposer Faizal Tahir.
Terbaru dia berduet dengan Ezad Lazim menerusi lagu Lima Aksara yang akan dilancarkan secara bes4ran menerusi medium media sosial esok.
p/s: Semoga urusan Jodoh Zamani dipermudahkan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : HarianMetro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment