Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan memperjelas penyelesaian dalam kes guru merotan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Iskandar Puteri susulan pertemuan yang diadakan hari ini.
Kes rotan: Ini tindakan akan diambil terhadap Cikgu tersebut |
Menurut Aminolhuda, guru tersebut akan dibawa mengikuti sesi kaunseling.
ARTIKEL MENARIK: “Duit kertas palsu, gold bar pula macam coklat bar’ -Ini respond padu peniaga online bila kantoi tayang benda palsu
“Kita bawa dia pergi kaunseling. Guru kalau mahu ambil tindakan tidak boleh ikut emosi, kena bertindak bijak.
“Walaupun mungkin pelajar buat salah, tapi cikgu kena berhati-hati ambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Aminolhuda berkata pelajar tersebut juga tidak akan dikenakan tindakan, sebaliknya akan dibimbing sebaik mungkin, apatah lagi dia mewakili sekolah dalam sukan bola tampar.
“Kita tidak akan ambil tindakan atas murid. Bahkan kita bagi peluang dan sokongan kepada murid untuk terus belajar. Saya minta supaya pelajar ini yang bagus dalam sukan diminta dibimbing dengan sebaik mungkin.
“Dia kata wakili sekolah dalam bola tampar,” katanya.
Sementara itu, Aminolhuda berkata guru, ibu bapa dan pelajar perlu saling menghormati.
“Pada pihak ibubapa dan anak-anak belajar, kita kena hormati cikgu umpama ibu bapa yang didik kita.
“Bila hadapi ibu bapa kita kena sopan jangan cakap tidak baik, kalau kita bercakap tidak baik dengan papa mama, tentu papa mama pun marah kita.
“Jadi kena hormati cikgu (juga),” katanya.
Menjelaskan lanjut, Aminolhuda berkata guru tersebut setuju untuk membimbing pelajar tersebut dengan baik
Iklan
Iklan
“Saya minta guru bahasa itu supaya dia didik pelajar tersebut macam anak angkatnya. Guru itu pun ok dan akan bimbing,” katanya.
Hari ini suatu pertemuan tertutup berlangsung selama sejam di antara ibu dan pelajar perempuan itu dengan guru berkenaan bersama Jabatan Pendidikan Johor di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor Bahru.
Selain Aminolhuda turut hadir pertemuan itu ialah Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Shaharuddin Saari.
Sementara itu, Aminolhuda juga meminta semua pihak supaya tidak memanjangkan lagi isu tersebut.
Cikgu dipanggil p0ndan & pelajar dir0tan bersalaman
Berikutan isu seorang guru yang merotan pelajarnya sehingga berbirat, kedua-dua pihak tampil memohon maaf dalam pertemuan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Johor Bahru sebentar tadi.
loading...
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, mereka membuat keputusan itu tanpa mengambil tindakan undang-undang.
Menurutnya, ibu kepada pelajar berkenaan menarik semula laporan polis setelah membuat aduan petang kelmarin.
“Pertemuan antara kedua-dua pihak berjalan lancar dan kedua-dua pihak telah mencapai kata putus untuk selesaikan isu ini dengan cara baik.
“Ibu pelajar perempuan tersebut juga telah menarik balik laporan polis dibuatnya sebelum ini dan kita anggap perkara ini selesai,” katanya.
Terdahulu, guru lelaki terbabit bertindak demikian setelah pelajar itu bersikap kurang ajar dengan memanggil cikgu berkenaan sebagai pondan.
Apa Kata Anda?
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment