“Saya ingin memohon maaf kepada semua” Fizo sedia naik mahkamah.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua” Fizo sedia naik mahkamah.

Pelakon Fizo Omar mengakui rumah tangganya kini dengan isterinya, Mawar sedang bergolak dan sedang mencari penyelesaian yang terbaik.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua” Fizo sedia naik mahkamah.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua” Fizo sedia naik mahkamah.

Bagaimanapun Fizo meminta semua agar mendoakan yang terbaik buatnya dan pasangan.

ARTIKEL MENARIK: Setelah lama berdiam diri isu masalah rumahtangga, Mawar akhirnnya mengeluarkan kenyataan ini


Menurut Fizo apa yang berlaku adalah dugaan buatnya dan Mawar dan berharap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI.

“Sebelum tu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media,kwn-kawan, dan juga peminat yang prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumah tangga saya dan mawar.buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu.

“Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua.saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.

“Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA.mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah,setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah.dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya.sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya,” tulisnya.

loading...

Fizo berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia telah memuat naik fotonya bersama Mawar.
Pun begitu, menurut Fizo apa pun yang berlaku di dalam rumah tangganya, dia dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik zuriat mereka yang dinanti selama empat tahun, Wan Maryam.
“Walau apa yang berlaku sekalipun,Insyallah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua,” katanya lagi.
Menurut Fizo dia kini sedang menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai rumah tangganya.
“Apa- apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak.Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan mawar.
“Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA.
“Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.
“Terima kasih sekali lagi, kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik, dan saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya,” jelasnya.
Rata-rata pasangan ini mendapat sokongan penuh dari pengguna serta peminat di instagram. Semua mendoakan perkahwinan pasangan ini kembali pulih serta kekal hingga akhir hayat.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Reaksi Mawar:
SAMA seperi Fizo Omar, isterinya Mawar Abdul Karim turut mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus rumah tangga mereka yang kini dikatakan bergolak.
Mawar, 30, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak.
“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” katanya.
Terdahulu, Fizo dalam kenyataan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu.
Fizo berkata, apabila semuanya sudah okey, barulah dia bersedia memberi kenyataan kepada media.
Difahamkan, Fizo akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini.
Menerusi kenyataan sama, Fizo juga terus mengunci mulut ketika ditanya sama ada dia dan Mawar masih tinggal sebumbung.
Sementara itu, berdasarkan pemerhatian Harian Metro di Instagram Mawar, kali terakhir pasangan itu bergambar bersama pada April lalu.
Bagaimanapun, Mawar masih mengikuti Fizo di Instagram.
Menerusi video di Instagram Stories Fizo pula memaparkan dia sedang menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
p/s: Semoga kemelut yang melanda mereka di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersma kami
Kredit: Astro Gempak via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post