Selepas pemergian adik yg tersayang, Afdlin Shauki Dedah Itu Bukan Langgar Lari Tapi

Selepas pemergian adik yg tersayang, Afdlin Shauki Dedah Itu Bukan Langgar Lari Tapi

Penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menafikan insiden yang menimpa adiknya, Allahyarham Jefri Adzman Aksan adalah langgar lari.

Selepas pemergian adik yg tersayang, Afdlin Shauki Dedah Itu Bukan Langgar Lari Tapi
Selepas pemergian adik yg tersayang, Afdlin Shauki Dedah Itu Bukan Langgar Lari Tapi

Sebaliknya, kenyataan yang dimuat naik di laman sosial untuk mencari bukti punca kemalangan yang membabitkan kereta Myvi hijau Ahad lalu itu hingga meragut nyawa adiknya itu adalah untuk mendapatkan pengesahan apa sebenarnya terjadi.

ARTIKEL MENARIK: ‘Allah uji Erra sebab sayang’ – Ini nasihat padu Abby Abadi selepas perbalahan antara Erra dan Umie


Jelas Afdlin yang ditemui hari ini, dia serta keluarga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan sangat terkejut apabila dimaklumkan Jefri cedera parah dalam nahas jalan raya.
Setakat ini ada beberapa saksi mengatakan kejadian berpunca daripada arwah adik dan juga pemandu Myvi hijau terbabit.
“Pemandu Myvi terbabit sudah pun membuat laporan polis dan menegaskan kemalangan berlaku bukan berpunca daripadanya.
“Disebabkan itu saya cuba mencari bukti visual sekiranya ada sesiapa memiliki kamera dalam kereta dan sempat merakam kejadian. Setakat ini saksi yang tampil ke depan sekadar bercerita. Jika ada visual ia boleh jadi bukti kukuh,” katanya.
Afdlin juga menegaskan, dia berusaha untuk mencari rakaman visual kemalangan terbabit bukan kerana mahu membuktikan siapa betul dan siapa salah atau cuba membawa perkara itu ke tengah (tindakan undang-undang).
“Menurut laporan dibuat pemandu Myvi itu adik saya bersalah. Disebabkan itu kami mahu cari bukti.
Kalau benar arwah adik bersalah kami terima dengan hati terbuka. Perkara yang kami lakukan ini bukan disebabkan kami tak reda.
“Kami terima takdir a@rwah adik pergi dengan berlapang dada dan kemalangan hanya menjadi asbab untuk dia kembali ke pangkuan Ilahi. Cuma, saya dan ahli keluarga lain ingin tahu apa yang telah berlaku kerana dia pergi secara tiba-tiba,” katanya.
Afdlin turut menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan artis mahupun peminat yang memanjangkan usahanya itu dengan salin tampal video dibuatnya untuk mencari bukti rakaman video kejadian kemalangan di laman sosial masing-masing.
“Bagaimanapun, ada yang salah faham dengan mengatakan kem@alangan itu adalah la@nggar lari. Hakikatnya bukan begitu,” katanya.
“Yeop sayang kau Jep”
Allahyarham terlibat dalam k3emalangan di Kota Damansara ketika keluar membeli sesuatu di Petronas berhampiran rumah.


loading...

Menurut Afdlin, adiknya yang menunggang vespa dipercayai dila@nggar sebuah kereta Myvi dari arah tepi.
Afdlin berkongsi berita sedih di Instagram pada Rabu.
Akibat pelanggaran, mangsa terpelanting dan mengalami cedera pa@rah di kepala lalu dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.
Dalam pada itu, Afdlin memohon orang ramai menghubunginya jika terdapat hutang adiknya yang masih belum dijelaskan.
“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau dan halalkan makan dan minum beliau.

“Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.
“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau Jep” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post