‘Dulu dicemuh hari ini diangkat’ – PU Rahmat puji pendirian humble Dr Amalina ini

‘Dulu dicemuh hari ini diangkat’ – PU Rahmat puji pendirian humble Dr Amalina ini

SEMUA sedia maklum Dr Amalina Bakri antara individu bertanggungjawab dalam proses pembedahan bayi sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan di mulut, Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.

‘Dulu dicemuh hari ini diangkat’ – PU Rahmat puji pendirian humble Dr Amalina ini
‘Dulu dicemuh hari ini diangkat’ – PU Rahmat puji pendirian humble Dr Amalina ini

Rentetan daripada kejayaan itu, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Amalina dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan itu dengan selamat.

ARTIKEL MENARIK: ‘Allah uji Erra sebab sayang’ – Ini nasihat padu Abby Abadi selepas perbalahan antara Erra dan Umie


Selain netizen, kejayaan itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang tidak terlepas memuji sikap doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu.
Menurutnya, walaupun pernah dicemuh satu ketika dulu, Dr Amalina membuktikan dia seorang yang berpendirian teguh.
“Hampir setahun lepas Dr Amalina dicemuh netizen kerana tidak menutup aurat dan hari ini dia diangkat dan dipuji kerana membantu Ainul Mardhiah
“Apa jawab Dr Amalina? Tak hidup di puji tak mati dikeji.
“Ya, inilah sepatutnya yang ada pada setiap insan. Melakukan sesuatu bukan kerana manusia,” katanya.
“Tambahnya lagi, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak kerana manusia begitu gelojoh menghukum.
“Kau tidak akan mampu puaskan manusia kerana manusia begitu gelojoh menghukum dan tidak puas menghina.
“Jangan puaskan manusia, puaskan Sang Pencipta,” katanya.
Sebelum ini, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin mencoretkan penghargaan kepada Dr Amalina.
Ahmad Safiuddin berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

loading...

Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.
Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1987, anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru.
Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).
Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel.
Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.
Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007.
Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.
Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.
Kehidupan terkini
Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah kelak.
Beliau juga memaklumkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya 6-7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.
Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payud4ra, plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross.
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post