ISU membabitkan dua pelakon popular Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida turut menarik perhatian beberapa artis antaranya Abby Abadi.
‘Allah uji Erra sebab sayang’ – Ini nasihat padu Abby Abadi selepas perbalahan antara Erra dan Umie |
Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi status dimuat naik di Instagram mahu Erra Fazira yang dianggap kakak supaya kuat dan tidak berputus asa dengan ujian menimpa pelakon itu.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Ini permintaan Erra kepada Umie
“Allah uji sebab sayang. Bahagian saya lain, kakak (Erra) lain pula. Tapi kena terus kuat okay kakakku. Ujian itu tanda Allah sayang. Sebab itu Dia bagi perhatian kepada kita. Dia nak kita makin dekat dengan Dia.
“Menangislah semahu-mahunya tetapi jangan putus asa dengan rahmat-Nya. Allah sebut dalam Al-Quran, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Yakin dengan janji-Nya okay kakak ku yang cantik, lawa dan manis selalu,” katanya.
Status yang dikongsi Abby dengan meletakkan gambar bersama Erra mengenakan pakaian seragam anggota polis ketika membintangi drama Gerak Khas itu meraih 20,000 tanda suka dan hampir 300 komen.
Terdahulu, Erra memuat naik permohonan maaf mengenai isu yang hangat diperkatakan mengenai dirinya susulan status dimuat naik Umie Aida pada Selasa lalu.
Meski status berkenaan tidak menyatakan dengan tepat ‘sahabat’ yang dianggap pengkhianat itu ialah Erra, warga net menerusi ruangan komen bagaimanapun memetik nama pelakon itu.
Enggan perkara itu berlarutan, Erra mengambil pendekatan dengan tampil membuat permohonan maaf kepada semua termasuk Umie.
Dalam masa sama, Erra menutup ruagan komen di IG bagi mengelakkan sebarang perbincangan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
loading...
Sebelum ini, Erma Fatima sempat ‘Mencelah’
“Pakai handbag, Kereta Mewah Tapi”
Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, berkata, kesenangan yang dimiliki hasil kesengsaraan sahabat baik sendiri adalah tidak berkat.
“Satu pengajaran untuk semua juga. Kalau nak rasa hidup senang, afdalnya cari dari hasil titik peluh.
“Baru berkat. Buat apa pakai beg tangan berjenama, pakai kereta mewah, bagi makan anak dan bagi belanja mak dari hasil duit haram.
“Jadi darah daging nanti susah hidup tak dapat berkat dan rahmat,” kata Erma.
sumber: hmetro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment