Positif ganja dan gaduh, pelawak 'senior' ditahan polis

Positif ganja dan gaduh, pelawak 'senior' ditahan polis

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak senior terkenal tanah air ditahan pihak polis bersama dua rakannya selepas didakwa terbabit dalam satu kes pergaduhan di sebuah hotel berdekatan Taman Maluri, Cheras, pada Selasa lalu.

Positif ganja dan gaduh, pelawak 'senior' ditahan polis
Positif ganja dan gaduh, pelawak 'senior' ditahan polis

Antara yang ditahan bersama pelawak tersebut adalah seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an.

ARTIKEL MENARIK: Selepas tutup aurat, ini permintaan Lisa Surihani kepada peminat


Ketika pemeriksaan badan dilakukan, pihak polis juga menemukan sepeket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55 gram ke atas seorang suspek wanita.

Kejadian berlaku pada Selasa selepas Bilik Gerakan IPD Cheras mendapat panggilan telefon berkaitan pergaduhan tersebut sekitar jam 5.45 petang.

Siasatan lanjut dilakukan ke atas ketiga-tiga suspek dan hasil ujian air kencing mendapati pelawak senior berusia 41 tahun itu positif dadah jenis ganja.

Suspek yang ditahan pada Rabu itu disiasat dibawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Manakala, dua lagi rakannya didapati positif dadah jenis amphetamine dan ditahan selama tiga hari untuk membantu siasatan.


loading...

Rakan lelaki pelawak disiasat di bawah seksyen 15(1)(A) ADB 1952 manakala wanita tersebut disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(A) ADB 1952.

Sebelum ini, pelawak tersebut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata pelawak berkenaan dibebaskan semalam selepas ditahan selama sehari manakala dua lagi ditahan sehingga esok.

Kredit : astroawani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post