PENAMPILAN terbaharu pelakon Lisa Surihani selepas pulang daripada menunaikan Umrah menarik perhatian umum apabila dia kini sudah berhijab.
Selepas tutup aurat, ini permintaan Lisa Surihani kepada peminat |
Lisa hadir pada sebuah majlis dengan imej tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto-foto terbaharunya di laman sosial Instagram.
ARTIKEL MENARIK: Lebih RM200,000 lesap Polis rampas telefon bimbit, Ini yg berlaku kepada bekas suami A Aida
Malah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, turut meminta orang ramai berdoakan yang terbaik buat dirinya terus istiqomah.
Lisa bersama suami dan dua anaknya menunaikan Umrah pada Syawal lalu.
“Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” tulisnya.
Lisa berkata demikian selepas membalas komen salah seorang peminat yang memuji keayuannya mengenakan hijab.
Lisa menunaikan Umrah pada Syawal lalu bersama suaminya Yusry Abdul Halim dan dua cahaya matanya.
Perkara itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji dan berharap aktres cantik itu mengekalkan imej terbaharunya itu.
Lisa Surihani minta peminat doakan dia istiqomah
PELAKON Lisa Surihani berharap agar orang ramai mendoakan agar dia lebih istiqomah dengan imej berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej.
“Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya istiqomah.
loading...
“Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan.
“Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.
“Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak.
Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa.
Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yusry Abd Halim yang juga anggota KRU pada 23 Februari 2012.
Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Alhamdulillah, “Doakan semoga ia datang dari hati yang ikhlas” . Semoga peminat dan artis-artis lain mengikut jejak langkah Lisa. Mana contoh yang baik kita ambil jadi ikutan, mana yang tak baik tu kita jadikan sebagai sempdann untuk kita dalam mencari redha Allah SWT
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment