Suspek bebas dengan jaminan polis. A.Aida dedah identiti suspek

Suspek bebas dengan jaminan polis. A.Aida dedah identiti suspek

Suspek bebas dengan jaminan polis. A.Aida dedah identiti suspek

Suspek bebas dengan jaminan polis. A.Aida dedah identiti suspek
Suspek bebas dengan jaminan polis. A.Aida dedah identiti suspek

Enggan mengulas lanjut mengenai kes kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz, Datuk A Aida hanya memberikan bayangan bahawa individu terbabit merupakan seseorang yang pernah rapat dengannya sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK: Positif ganja dan gaduh, pelawak 'senior' ditahan polis


Identiti suspek: 
Bekas suami kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerja sama berhubung siasatan kes kehilangan wang pelaburan milik wanita itu yang berjumlah RM213,805.
“Biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak nak mengganggu siasatan. Cukup saya katakan, individu itu adalah yang pernah dekat dengan saya sebelum ini. Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan”
“Saya mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja”
“Ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian. Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua. Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta?”
“Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan,” jelasnya mengenai isu kehilangan duit.
Menurut Aida, beliau mendapat tahu mengenai perkara ini pada 25 Mac lalu ketika bercuti di Mesir. Jelas Aida, individu terbabit telah membuat dua kali transaksi, pada jam 5.44 pagi dan 5.46 pagi di rumahnya di Ampang.
Terdahulu Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. Ketika ini Ariff menjadi suspek utama dalam kes kehilangan wang itu. 

loading...

Suspek bebas dengan jaminan polis
SUSPEK utama yang juga individu rapat dengan penerbit drama terkenal, Datuk A Aida yang dikaitkan dengan kes kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 miliknya pada 1 Mac lalu ditahan polis 24 Jun lalu, namun sudah sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Lelaki yang berusia 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) ketika hadir memberikan keterangan berhubung kes yang dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya turut merampas satu unit telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan.
“Tangkapan ke atas suspek dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ampang ketika dia hadir memberi keterangan berhubung kes yang dilaporkan. “Sebuah telefon bimbit milik suspek juga di rampas.
Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jamin polis selepas keterangan percakapan diambil dan rampasan dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post