“Patut la berani panggil cikgu pondan” netizen buka rahsia aktivit pelajar ini diluar waktu sekolah
“Patut la berani panggil cikgu pondan” netizen buka rahsia aktivit pelajar ini diluar waktu sekolah |
kecoh tentang isu pelajar yang memanggil cikgu pondan dan dirotan hingga berbirat bahu dan paha. Kami semalam telah kongsikan video Perempuan cina serang dan malukan guru besar dalam sekolah susulan video tersebut tular guru tersebut bakal dikenakan tindakan kerana merotan pelajar
ARTIKEL MENARIK: Selepas Ramai Bangsa Cina Komen berkenaan Kes R0tan, ini pandangan padu dari Cikgu Korea
Seperti yang kita sedia maklum bawangers di Malaysia bukan calang-calang mereka cari siapa sebenarnya pelajar perempuan tersebut akhirnya beliau merupakan pelajar yang bodoh netizen juga kongsikan keputusan peperiksaan pelajar tersebut
bukan itu sahaja netizen turut dedahkan bahawa pelajar yang ‘bodoh’ ini rupanya kaki pub dan minum arak ikuti printsceen dibawah
Sementara itu Dr Ahmad Sanusi kongsikan di dalam facebooknya didik anak hormati guru
1. Semalam, kita digemparkan dengan kejadian seorang guru yang merotan anak muridnya. Perkara ini berlaku setelah pelajar tersebut memanggil guru tersebut sebagai pondan. Sebagai ibubapa, didiklah ana supaya menghormati guru.
loading...
2. Ceritakan pada mereka bagaimana para sahabat duduk seperti patung ketika proses pembelajaran berlaku. Perkara ini dinukilkan oleh Saidina Abu Said al-Khudri yang menyebutkan:
كنا جلوساً في المسجد إذ خرج علينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فكأن على رؤوسنا الطير لا يتكلم أحد منا
“Ketika kami duduk di masjid, Rasulullah ﷺ telah datang dan duduk di sisi kami, kami semua duduk diam dihadapan Baginda ﷺ tidak bergerak sedikitpun seakan-akan ada burung di atas kepada kami, tiada seorang pun yang bercakap.”
Lihatlah akhlak para sahabat ketika berada di dalam majlis ilmu. Mereka diam memberi tumpuan sehingga digambarkan seolah burung boleh hinggap dan duduk di atas kepala mereka seolah diamnya mereka seperti patung.
3. Ceritakan juga kepada anak kita tentang adab bercakap sopan dengan guru. Urwah ibn Mas’ud menceritakan bagaimana para sahabat Nabi begitu menjaga pertuturan bersama dihadapan Rasulullah ﷺ. Kata beliau:
وإذا تكلم خفضوا أصواتهم عنده، وما يُحِدُّون إليه النظر تعظيمًا له
“Para sahabat akan bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda ﷺ, serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah ﷺ”.
Pertuturan dan memek muka adalah antara perkara yang amat dijaga oleh para sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru mereka dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru.
4. Malah menurut Saidina Anas, para sahabat akan berhati-hati ketika datang untuk bertemu dengan Rasulullah ﷺ sehingga Anas menggambarkan bahawa:
كانت أبواب النبي صلى الله عليه وسلم تـُقـْرعُ بالأظافير
“Sesungguhnya pintu rumah Rasulullah ﷺ itu diketuk dengan kuku-kuku. Pernyataan ini menggambarkan bahawa mereka mengetuk pintu Rasulullah dengan perlahan sekali.”
5. Malah al-Imam al-Shafie dikatakan sangat menjaga adabnya dengan al-Imam Malik. al-Shafie dikatakan menyelak buku dengan sangat perlahan kerana bimbang menggang al-Imam Malik. Kata al-Shafie:
كُنْتُ أَصْفَحُ الْوَرَقَةَ بَيْنَ يَدَيْ مَالِكٍ رحمه الله صَفْحًا رَفِيقًا هَيْبَةً لَهُ؛ لِئَلَّا يَسْمَعَ وَقْعَهَا
“Aku akan menyelak buku ku secara sangat perlahan supaya perlakuanku ini tidak didengari oleh al-Imam Malik (kerana kagum dan hormat dengan guru ini).
6. Hari ini pelajar bukan sahaja tidak menghormati guru, malah memanggil guru mereka pula dengan pannggilan yang tidak baik. Mendidik di zaman ini amat lain sekali. Didiklah anak-anak kita dengan adab dengan guru kerana nilai seorang murid itu pada adabnya.
Moga Allah membimbing kita semua.
Di sebalik video ‘cikgu pondan’, banyak lagi dipersoal “Perakam yang sebar video pasti menyesal…”
Menerusi perkongsian di halaman Facebook Mohd Fadli Salleh yang kini tular, guru berkenaan turut mempersoalkan individu yang merakamkan video tersebut dengan tujuan untuk mengaibkan guru dan pihak sekolah.
“Adalah menjadi kesalahan merakam penjawat awam di premis mereka kemudian menyebarkan dengan niat memburukkan mereka. Adakah pelawat (ibu pelajar) memakai pas pelawat dan melapor diri kepada pengawal keselamatan sebelum masuk ke sekolah?
“Jika tiada, satu lagi tindakan perlu diambil. Sekolah adalah tempat selamat untuk murid-murid, jika sesiapa boleh menceroboh tanpa pas pelawat dan tanpa lapor diri, tindakan perlu diambil kerana isu keselamatan,” katanya menerusi posting pada Selasa malam, dikongsi lebih 2,000 kali.
Seorang pelajar menunjukkan kesan lebam di pahanya.
Mohd Fadli berkata, tindakan pentadbir dalam kes tersebut dilihat sangat cuai dan tidak memberi peranan, dengan kes seumpamanya kerap berlaku di seluruh negara.
“Ibu bapa datang mengadu sepatutnya melalui pentadbir, bukan berhadapan dengan guru itu sendiri. Satu keputusan yang salah membiarkan ibu bapa yang kemarahan berhadapan dengan guru yang bengang.
“Dalam kes ini, aku puji guru tersebut masih kekal tenang dan masih bersopan dengan penyerang dengan memanggilnya ‘puan’,” tambahnya.
Kenapa you biadab pada cikgu you? Itu isunya. Perakam yang menyebarkan video pasti menyesal kerana harapan perakam pastinya mahu melihat netizen mengecam guru, namun sebaliknya yang berlaku
Mengulas berkaitan video tersebut, Mohd Fadli yang juga dikenali sebagai ‘Cikgu Korea’ itu berkata, tindakan guru merotan hingga ada kesan lebam pada lengan, betis dan paha adalah melampau.
“Adalah salah untuk bertindak sampai tahap itu. Namun, pada aku pelajar itu yang mencetuskan provokasi melampau dan sangat biadab!
“Berkata pada kawan-kawan lain di depan guru tersebut dengan menggelarnya pondan adalah satu perbuatan biadab yang memang akan mencetuskan perasaan marah sesiapa sahaja.
“Maka tidak hairanlah seorang guru yang berdedikasi dan disayangi pelajar-pelajar lain bertindak di luar jangkaan sebegitu,” katanya selepas membaca komen-komen positif daripada pelajar dan bekas pelajar guru berkenaan yang menyokongnya.
Kesan lebam di lengan.
Dalam pada itu, Mohd Fadli turut menegaskan tiada isu perkauman yang ditimbulkan kerana isu yang dibangkitkan adalah sikap biadab pelajar berkenaan.
“Kenapa you biadab pada cikgu you? Itu isunya. Perakam yang menyebarkan video pasti menyesal kerana harapan perakam pastinya mahu melihat netizen mengecam guru, namun sebaliknya yang berlaku,” katanya.
Mohd Fadli bagaimanapun berharap agar isu tersebut diselesaikan dengan baik tanpa perlu melibatkan mahkamah dan dakwaan.
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment