PELAKON dan usahawan terkenal, Fizo Omar mengakui, dia memerlukan masa untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim berdepan kemelut ketika ini.
Setelah lama berdiam diri isu masalah rumahtangga, Mawar akhirnnya mengeluarkan kenyataan ini |
Menurut laporan portal Harian Metro, Fizo memberitahu, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen berkaitan masalah yang sedang dihadapinya.
ARTIKEL MENARIK: Baru sahaja umum CERAl,Datuk A. Aida buat laporan poIis duit hilang. Jumlah dia bukan biasa2
“Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okey barulah saya akan beri kenyataan kepada media.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya seperti dilapor portal itu lagi.
Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.
Terdahulu, laporan kolum sisipan sebuah akhbar mendakwa, Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Spekulasi turut mendakwa pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Fizo dilaporkan menyambut lebaran di Kelantan manakala Mawar dan anak mereka, Wan Maryam pulang ke Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam.
Reaksi Mawar:
SAMA seperi Fizo Omar, isterinya Mawar Abdul Karim turut mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus rumah tangga mereka yang kini dikatakan bergolak.
Mawar, 30, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak.
loading...
“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” katanya.
Terdahulu, Fizo dalam kenyataan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu.
Fizo berkata, apabila semuanya sudah okey, barulah dia bersedia memberi kenyataan kepada media.
Difahamkan, Fizo akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini.
Menerusi kenyataan sama, Fizo juga terus mengunci mulut ketika ditanya sama ada dia dan Mawar masih tinggal sebumbung.
Sementara itu, berdasarkan pemerhatian Harian Metro di Instagram Mawar, kali terakhir pasangan itu bergambar bersama pada April lalu.
Bagaimanapun, Mawar masih mengikuti Fizo di Instagram.
Menerusi video di Instagram Stories Fizo pula memaparkan dia sedang menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
p/s: Semoga kemelut yang melanda mereka di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersma kami
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment