PELAWAK Abam Bocey bengang dengan tindakan seorang netizen yang meninggalkan komen di media sosial meminta dia melakukan ujian DNA ke atas anaknya yang baru dilahirkan pada Jumaat.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, berkata komen yang ditulis lelaki itu keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa. |
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, berkata komen yang ditulis lelaki itu keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa.
ARTIKEL MENARIK: Selepas pemergian adik yg tersayang, Afdlin Shauki Dedah Itu Bukan Langgar Lari Tapi
“Saya tak kisah kalau orang nak komen benda lain tapi bila sebut sampai perlu buat ujian DNA, itu dah melampau.
“Benda-benda macam ini bukan boleh buat main, apa dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?
“Komen itu terlalu kurang ajar… kalau nak bergurau bukan itu caranya, nak kata saya punya kecil ke kura-kura ke saya tak ambil pusing, tapi bukan komen sensitif begitu,” katanya kepada mStar.
Menerusi Facebook, Abam berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan seorang netizen di sebuah portal hiburan.
loading...
Lelaki itu meminta Abam melakukan ujian DNA terhadap anak lelakinya yang baru dilahirkan.
Sementara itu, Abam berkata dia sedang menyiasat mengenai lelaki berkenaan dan ingin bersemuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung komen tersebut.
“Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu.
“Melalui akaun dia kita boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang,” katanya.
Pada Jumaat, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor.
Mereka berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
p/s: Tahniah abam. Jangan hirau kata-kata netizan yang mulut celupar
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : MSTAR ONLINE
Perkongsian dari laman facebook Abam
Post a Comment