KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan dikaitkan dengan video intim yang didakwa melibatkan seorang individu yang mirip dengan seorang menteri Kabinet.
Kes video i1ntim, Rafizi akhirnya bersuara |
ARTIKEL MENARIK: Kena check DNA tu” – Abam Bocey mengamvk, kelahiran anak sulung DlHlNA pak cik tua
“Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini, meskipun di peringkat parti … biar pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya kepada portal Malaysiakini.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Blisson Zainuddin yang mendakwa Haziq Abdullah Abdul Aziz berada dengan kem Rafizi ketika pemilihan parti tahun lalu.
Blisson mendakwa Haziq telah diberikan peluang bertanding dalam pemilihan parti tahun lepas dan bersama dalam kumpulan Reformasi 2.0 yang diketuai Rafizi.
Haziq yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menggemparkan negara apabila membuat pengakuan mengadakan hubungan intim dengan seorang ahli politik dan menteri kanan.
‘Haziq dilindungi pemimpin PKR tertentu
Timbalan Ketua Pemuda PKR Sabah Blisson Zainduddin memberi gambaran kemungkinan plot dalaman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dalam klip video luVcah.
Dalam kenyataannya, Blisson berkata Haziq Abdullah Abdul Aziz belum dipecat dari PKR meskipun membuat tuduhan terhadap pemimpin nombor dua parti mereka.
loading...
“Saya tertanya kenapa tiada tindakan diambil ke atas individu yang mengaku melakukan ‘je3nayah’ dan menuduh pemimpin atasan. Dia tak kena g@antung atau kena pecat (dari PKR).
“Ini yang menimbulkan persepsi bahawa ada pemimpin tertentu dalam parti terlibat melindunginya (Haziq),” katanya.
Meskipun tidak menyebutkan pemimpin yang dimaksudkannya, Blisson mendakwa Haziq rapat dengan kumpulan Rafizi Ramli pada pemilihan PKR yang lalu.
“Saya kenal Haziq sejak pemilihan PKR lalu. Dia dilihat sebagai orang yang baru menyertai PKR selepas aktif dengan BN.
“Bagaimanapun, dia diberi kelulusan khas untuk bertanding dalam pemilihan dan raoat dengan kem ‘Reformasi 20 tahun’ yang diterajui Rafizi,” katanya.
Rafizi, yang dilihat merupakan salah seorang penyokong setia Anwar Ibrahim, gagal mengalahkan Azmin dalam merebut jawatan timbalan presiden PKR.
Sementara itu, Blisson juga berkata Haziq menghubunginya beberapa kali pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.
Menurutnya, Haziq mahu mengetahui butiran tentang aktiviti dan jadual Azmin, termasuk mendapatkan maklumat mengenai tempat Azmin bermalam.
Blisson turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang menurutnya merupakan perbualannya dengan Haziq berhubung perkara itu.
“Selepas PRK Sandakan dan minggu lalu, dia hubungi saya melalui telefon dan tanya saya untuk tidak dedahkan perbualan kami sebelum itu kepada sesiapa.
“Saya rasa pelik tapi saya tak anggap ia serius (ketika itu).
“Namun apabila klip video lucVah itu disebarkan dan dia tuduh Azmin… Saya mula faham sebab dia tanya saya butiran aktiviti Azmin dan saya yakin ia ada kaitan dengan plot ja@hat,” katanya.
Merujuk kepada dakwaan Haziq yang mengaku terlibat dalam perbuatan seks dengan Azmin di Sandakan, Blisson berkata, sekiranya dakwaan itu benar, Haziq tidak ada sebab untuk tanya tentang aktiviti Azmin sepanjang kempen PRK Sandakan.
“If he had an intimate relationship (with Azmin), he would have contacted him directly (for the details),” he added.
“Jika dia ada hubungan intim (dengan Azmin), dia akan hubungi (Azmin) sendiri (untuk tanya tentang aktiviti Azmin),” katanya.
Kredit : tubeviral.bbn.my
Post a Comment