“INSYA-ALLAH, tak lama lagi mulut Ainul Mardhiah akan tertutup semula. Mungkin sebab mulutnya terlalu lama terbuka akibat ketumbuhan.
Bapa dedah mengapa Ainul Mardhiah ambil masa untuk tutup mulut |
“Mungkin dia tidak biasa dengan keadaannya tanpa ketumbuhan itu,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi status di Instagram (IG) hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Selepas berani mengaku, Ini yang terjadi kepada Haziq
Katanya, dia meminta rakyat Malaysia mendoakan anaknya itu boleh menutup mulutnya segera.
“Doakan Ainul Mardhiah dapat menutup mulutnya. Sekarang pun mulutnya hampir tertutup. Berkat doa semua anak saya akan kembali sembuh.
“Keadaan Ainul Mardhiah semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini, Ainul akan dipindahkan ke wad biasa.
“Hari ini, saya nampak dia senyum dan yakin Ainul Mardhiah kuat,” katanya.
Ahmad Safiuddin berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaannya oleh jururawat yang menjaga Ainul Mardhiah di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU).
Sementara itu, menerusi status di Facebooknya, Ahmad Safiuddin menjelaskan pihak hospital mahu memantau keadaan anaknya itu dalam tempoh sebulan atau sebaliknya.
“Mereka (pakar) di sini mahu pantau Ainul dulu. Mereka mahu pastikan bahawa ketuvmbuhan itu tidak akan datang semula (semoga Allah SWT jauhkan).
“Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara tidak diingini (berulang ), mungkin Ainul boleh balik.
“Sebenarnya, kami sebagai penjaganya boleh saja minta Ainul segera dibawa pulang tetapi demi kebaikan Ainul, kami akan selesaikan semua perkara penting di sini sebelum membawa pulang Ainul ke tanah air.
loading...
“Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hospital,” katanya.
Katanya, buat masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas membuat pembedahan.
Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan melalui fasa seterusnya iaitu belajar makan guna mulut.
“Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar Ainul makan menggunakan mulut. Selain pernah memiliki ketvumbuhan, Ainul juga memiliki ‘cleft palate’ (lelangit cakera) sejak lahir.
“Pembedahan untuk lelangit cakera ini mungkin akan dibuat selepas berat badan Ainul sesuai iaitu antara enam hingga lapan kilogram (kg),” katanya.
Menurutnya, dia yakin jika Ainul boleh bercakap sekarang sudah pasti dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
“Sekarang ini, ucapan terima kasih itu ditunjukkan melalui kesihatan dan kekuatannya,” katanya.
Isnin lalu, bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour itu dilaporkan stabil tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hospital di London.
p/s: Ayuh rakyat Malaysia sama-sama dokan kesihatan adik Ainul
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: hmetro
Post a Comment