Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa terlibat dalam aksi luvcah bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah digantung tugas-tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama berkuatkuasa serta merta.
Selepas berani mengaku, Ini yang terjadi kepada Haziq |
Menurut timbalan menteri itu, Shamsul Iskandar Md Akin surat tunjuk sebab telah dikeluarkan dan Haziq mesti menjawapnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu
ARTIKEL MENARIK: Seluruh Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina. Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bukan Calang-Calang Individu
“Kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Haziq Abdullah Abdul Aziz
Azmin menafikan perkara itu, mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya serta menga@ncam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Shamsul berkata, keputusan itu diambil memandangkan beliau memandang serius berhubung “perkembangan terkini” melibatkan pegawainya di kementerian tersebut dan menolak sebarang politik ko0tor.
“Saya dengan tegas menolak sebarang bentuk politik k0otor lagi memualkan yang bertujuan memalitkan imej buruk kepada mana-mana pemimpin ataupun individu.
“Saya mengambil sikap bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa perkara ini ada kaitan dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.
“Permainan politik kotor sebegini tidak perlu ada ataupun diberikan ruang di dalam Malaysia,” katanya.
Semalam, Haziq membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ra@njang bersama Azmin.
Pengakuan itu dibuat sehari selepas video yang didakwa berlaku pada 11 Mei 2018 itu tular di kalangan pemberita dan ahli politik.
Bagaimanapun, Shamsul menyeru supaya semua pihak mencari kepastian tentang sesuatu perkara tanpa cepat menuding jari terhadap mana-mana pihak.
loading...
Namun, Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR itu semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video luvcah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot ja@hat untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Mahathir juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.
Rakan karib terkejut,
RAKAN karib Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang merupakan graduan undang-undang di Universiti Malaya (UM), mengatakan mereka tidak pernah mengetahui rakannya itu adalah ga@y.
Dua rakan karib, yang juga merupakan kenakan keluarga Muhammad Haziq, 27, berkata, mereka mengenali Haziq lebih sedekad dan sepanjang perkenalan itu, rakannya itu tidak pernah menjadi ga@y dan menjalinkan hubungan yang baik dengan seorang wanita selama bertahun-tahun.
“Dia mempunyai teman wanita sebelum ini. Mereka menjalinkan hubungan lama sebelum saya mendapat tahu mereka telah berpisah, baru-baru ini,” kata seorang rakan.
Seorang rakan Muhammad Haziq yang sama-sama belajar di Sekolah Sains Alam Shah di Cheras berkata, dia seorang yang kuat agama dan aktif dalam persatuan pelajar Islam di sekolah.
“Dia seorang yang kuat agama semasa zaman sekolah dan dia pernah mendedahkan seorang budak lelaki lain yang ‘menyentuh’ pelajar junior semasa mereka sedang tidur. Dia amat tegas pasal hal tu.
“Saya tahu dia dah lama ada teman wanita. Dia datang dari keluarga yang baik-baik dan dihormati di Kuching. Dia begitu rapat dengan keluarganya.
“Saya yakinkan ibunya untuk izinkan dia ambil jurusan undang-undang selepas SPM. Kami bersama-sama pergi ke Toulon, Perancis untuk kursus kepimpinan.
“Kami bersama mengasaskan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kemudian kami membawa haluan masing-masing kerana saya mula melakukan kerja-kerja NGO manakala dia lebih kepada parti politik,” ujar seorang rakan.
Sejak Selasa, video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks dengan salah seorangnya mirip menteri tersebar di media sosial.
Pada Rabu, Muhammad Haziq membuat pengakuan di Facebook bahawa dia merupakan lelaki di dalam video se3ks itu.
Dia juga menyebut nama menteri yang didakwa bersama dalam rakaman itu dan meny3elarnya tidak layak menjadi pemimpin.
Muhammad Haziq juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat menteri tersebut kerana rasuah. – The Star
Post a Comment