SELEBRITI dan pengacara terkenal, Azwan Ali menyifatkan penafian abangnya berhubung dakwaan video se3ks yang kini hangat diperkatakan adalah tindakan wajar bagi membersihkan namanya.
Anggap dakwaan video s3ks ujian terbesar buat abang, Ini nasihat padu Diva AA kepada Azmin Ali |
Bercakap kepada mStar, Azwan berkata, penyebaran video itu menunjukkan ada cubaan untuk mencemarkan reputasi abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin sebagai pemimpin dan ahli politik.
ARTIKEL MENARIK: Bapa dedah mengapa Ainul Mardhiah ambil masa untuk tutup mulut
“Bagi saya, ia merupakan ujian terbesar buat dia dengan kedudukannya sebagai menteri. Mungkin ada pihak yang cuba untuk jatuhkan dia.
“Sebagai pemimpin, Azmin memang seharusnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan itu.
“Jika dakwaan itu adalah fitnah, dia perlu menafikannya, termasuk pengakuan bersumpah sekiranya perlu. Apa saja untuk membersihkan namanya,” katanya kepada mStar.
Azwan yang kini berhijrah ke London di United Kingdom berkata, dia tidak terkejut semasa menerima beberapa klip video seks tersebut kerana dia lebih mengenali abangnya itu.
“Saya tak terkejut langsung bila dapat video-video itu. Saya sebagai adik lebih mengenali dia macam mana. Macam-macam cara orang boleh jatuhkan dia. Tapi bergantung kepada dia bagaimana untuk menghadapinya.
“Sama ada positf atau ne3gatif, terpulang kepada rakyat untuk menginterpretasikan dakwaan itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai video tersebut.
Azwan atau mesra disapa Diva AA telah berhijrah ke London sejak Februari lalu. – Instagram @divaazwanavazztersohor
Dalam pada itu, Azwan turut menasihati abangnya agar tabah dan bermuhasabah diri berhubung dakwaan tersebut.
loading...
Nasihat adik kepada Abang
“Dia kena kuat, hati dia kena kental dan bermuhasabah diri. Saya harap dia dapat menghadapi dakwaan ini dengan berani dan tidak gentar untuk membersihkan nama dia,” katanya.
Umum mengetahui hubungan adik-beradik antara Azwan dan Azmin sebelum ini begitu tegang, namun ia bukan penghalang untuk selebriti popular itu memberi nasihat kepada abangnya.
“Saya beri nasihat kepada dia bukan sebab kami adalah adik-beradik, tetapi sebagai pemimpin, dia harus berani berdepan dalam apa jua keadaan,” tambahnya.
Pada Rabu, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam sebuah video lucah yang tersebar sejak Selasa lalu dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan ja@hat dan k3ejam.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya.
“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan r#asuah yang tidak benar dan tidak berasas.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya ‘gutter politics’ (politik k0otor). Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, ketika kita berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada awal pagi Rabu, individu mendakwa terlibat sama dalam video terbabit telah membuat pengakuan bersumpah mengakui terlibat dalam aksi tersebut.
Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz, pemuda berusia 27 tahun ini mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.
Mohamed Azmin memberitahu, beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan j@ahat itu dan mendedahkan mereka yang terlibat.
p/s: Semoga Azmin Ali tabah menghadapi dugaan ini dan segala urusan beliau dipermudahkan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mstar
Post a Comment