Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Ini permintaan Erra kepada Umie

Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Ini permintaan Erra kepada Umie

Sebelum ini media melaporkan Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang bergelar sahabat.

Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Ini permintaan Erra kepada Umie
Selepas Umie Aida Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Ini permintaan Erra kepada Umie

Perasaan tidak puas hati itu dikongsikan bintang filem Dukun menerusi Instagram miliknya malam tadi.

ARTIKEL MENARIK: “Abang sangat menyayangi saya.. Tak mungkin boleh terus tinggal di rumah kami, terlalu banyak kenangan indah dengan abang.”


Menurut Umie, dia pernah memaafkan individu tersebut atas kesilapan yang sama dan menerima semula sebagai sahabatnya.
“Aku bukan nak aibkan sesiapa… Tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit, kecewa bila orang yang dipanggil sahabat buat begitu.
Erra Mohon Maaf
“SAYA mohon maaf kepada semua dan juga Datin Seri Umie Aida,” kata pelakon popular, Erra Fazira mengenai isu yang cuba dibangkit dan dikaitkan dengan dirinya menerusi stastus dimuat naik pelakon Datin Seri Umie Aida pada Selasa lalu.
Erra, 45, dalam kenyataannya menjelaskan mengakui pernah dua kali mengecewakan bekas sahabat baiknya sebelum berbaik semula.
Menurut Erra yang digelar Primadona Alaf Baru itu, sebagai manusia biasa dia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
“Maaf di atas segala yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.
“Umie pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya mengecewakannya buat kali ketiga. Umie memendamkan perasaannya dan pernah juga menghantar pesanan ringkas dengan cara yang paling baik.

“Jika tiada bukti pasti Umie takkan bersuara,” katanya.
Pada waktu sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.
“Saya harap dengan pengakuan ini dapat menghentikan perbalahan semua.
“Saya belajar atas kesilapan dan akan cuba memperbaiki kekurangan diri. Saya harus terus perbaiki diri dan saya mohon maaf sekali lagi,” katanya.
Terdahulu, status dimuat naik Umie nenimbulkan pelbagai spekulasi apabila dia mendedahkan seorang rakan yang dipanggil sahabat sudah mengkhiati dirinya.

loading...

Menerusi status sama, Umie berkata Tube Viraldia sudah beberapa kali memaafkan dan memberi peluang kepada sahabatnya itu.
p/s: Semoga segala perselisihan faham antara dua pelakon hebat ini dapat di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
Kredit : tubeviral.bbn.my
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post