Selepas Lima Hari Pemergian Faziani, Ibu Kongsi ‘Pesanan’ terakhir Ar wah

Selepas Lima Hari Pemergian Faziani, Ibu Kongsi ‘Pesanan’ terakhir Ar wah

Siapa sangka pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, sudah menempah tiga jenis menu utama untuk dijamu tetamu, pada Aidilfitri ini.

Selepas Lima Hari Pemergian Faziani, Ibu Kongsi ‘Pesanan’ terakhir Ar wah
Selepas Lima Hari Pemergian Faziani, Ibu Kongsi ‘Pesanan’ terakhir Ar wah

Perkara tersesbut didedahkan oleh ibunya, Khatijah Mirdin, 67, yang berkata, tiga menu utama itu akan dihidangkan bagi satu hingga tiga Syawal.

ARTIKEL MENARIK: Sherry Ibrahim Alami KeemaIangan. Saat mengetahui puncanya buat ramai terkejut


“ Beliau sudah menempah nasi dagang untuk raya pertama diikuti nasi air dingin dan nasi kerabu untuk hari berikutnya.
“ Bagi raya keempat pula semua kaum keluarga akan memasak beramai-ramai untuk menjamu semua tetamu.
“ Ar wah memang seorang yang suka menjamu tetamu dan untuk Aidilfitri ini, beliau berpesan kepada semua saudara supaya berhimpun di rumahnya untuk menyambut hari raya bersama,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paloh di Tumpat, hari ini.
Khatijah yang juga mesra disapa sebagai umi, berkata Faziani baharu saja menyiapkan rumah agamnya itu setahun lalu sebagai tempat berkumpul semua ahli keluarga.
“ Ar wah anak selalu memberitahu adik-beradiknya bahawa beliau ingin mempercepatkan pembinaan kediaman yang mencecah RM10 juta itu kerana bimbang Khatijah tidak sempat tinggal bersamanya.
“ Tapi, rupa-rupanya dia yang meninggalkan kami terlebih dahulu… umi reda kerana dia anak yang baik bukan sahaja kepada keluarga tapi juga kepada orang lain.
“ Persiapan hari raya kali ini tetap meriah seperti sebelumnya namun sambutannya sudah berlainan, tiada kemeriahan dan agak janggal,” katanya.
Sementara itu suami ar wah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, pula berkata, berita mengenai pemergian isterinya turut diterima oleh beberapa kenalan mereka di Makkah yang sentiasa ditemui setiap kali menjejakkan kaki ke sana.

loading...

“ Antaranya, penterjemah di Masjidil Haram yang mana setiap kali kami menunaikan umrah atau mengerjakan haji, mesti kami akan bertemu,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan semua anak selepas lima hari pemergian ar wah, beliau berkata, semua masih bersedih namun agak semakin baik dan sudah mampu menerimanya sebagai takdir yang sudah tertulis.
“ Saya akan meneruskan segala perancangan yang sudah disusun ar wah isteri sepanjang Ramadan ini termasuk beberapa program berbuka puasa dan agihan sumbangan kepada anak yatim.
“ Dalam masa terdekat ini saya akan ke sebuah madrasah di Bentong, Pahang bagi melaksanakan perancangan ar wah menyampaikan sumbangan di sana,” katanya.
p/s: Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 
Sumber: hmetro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post