Genap Tiga Bulan Acap Hilang, Bomba Akhirnya Tampil Mengeluarkan Kenyataan Ini

Genap Tiga Bulan Acap Hilang, Bomba Akhirnya Tampil Mengeluarkan Kenyataan Ini

Kisah kehilangan Acap sememangnya mengejutkan bukan sahaja dikalangan ahli keluarga mngsa dan teman rapat malah seluruh rakyat Malaysia.

Genap Tiga Bulan Acap Hilang, Bomba Akhirnya Tampil Mengeluarkan Kenyataan Ini
Genap Tiga Bulan Acap Hilang, Bomba Akhirnya Tampil Mengeluarkan Kenyataan Ini

Sebaik berita tentang kehilangan Acap tersebar, ramai yang mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Bahkan ada yang sanggup pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kehilangan Acap.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Lima Hari Pemergian Faziani, Ibu Kongsi ‘Pesanan’ terakhir Ar wah


Hari ini, genap tiga bulan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak masih belum berputus asa mencari mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditangguhkan bermula 17 April lalu sehingga menemui petunjuk baru.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya masih melakukan rondaan berkala di sekitar lokasi Acap dilaporkan hilang.

“ Kami juga setakat ini masih lagi menerima kunjungan daripada orang ramai yang mahu membantu mencari Acap.

“ Walaupun pos kawalan bomba yang dibuka di Kampung Pintu Padang di Gopeng sudah ditutup, tetapi bagi kes ini kita masih lagi meneruskan rondaan secara berkala.

loading...

“ Saya dimaklumkan bahawa memang ada orang awam yang datang ke balai bomba memberitahu ada petunjuk.

“ Kita mengalu-alukan, namun setakat ini masih belum menampakkan sebarang hasil,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Mohd Yunus berkata, ketika ini, bomba masih berhubung dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan sebarang maklumat.

Selain itu, pihaknya berharap kerjasama dan maklumat orang awam boleh membantu usaha mencari Acap.

Katanya, mungkin penemuan kukuh dari segi pakaian dipakai antaranya baju dan kasut, boleh membantu usaha pencarian.

“ Bomba juga berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan maklumat tidak sahih seperti berdasarkan mimpi, gambaran, suara yang tidak diketahui dari siapa yang mengatakan keberadaan Acap itu di sesuatu tempat yang tidak pasti.

” Contohnya seperti di tepi batu dan pokok besar kerana maklumat ini menyukarkan bomba untuk melakukan pencarian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, ketika dihubungi turut memaklumkan tiada perkembangan terbaharu berhubung kes kehilangan Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor itu.

Pada 23 Mac lalu, Acap disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya.

p/s: Semoag keluarga Acap terus tabah menghadapai dugaan berat ini. Sama-sama beroda semoga mendapat petunjuk dari Allah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post