Alangkah pilunya, dikala kanak-kanak lain gembira berada disamping orang tua mereka, lain kisahnya buat pasangan kembar ini apabila ditinggalkan oleh ibu mereka tanpa khabar berita.
“Mama datanglah berjumpa kami…” – Terlalu rindu, kembar ini rayu kepulangan ibu buat penonton sebak |
Kisah malang pasangan kembar, Mohd khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, itu diketahui menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, apabila mereka diundang sebagai tetamu jemputan.
ARTIKEL MENARIK: Suspek t3mbak mony3t tak panggil ‘baby sayang’ ditangkap. Rupnya ini motif sebenar pelaku
Ibu pergi sampai sekarang tak balik ambil kami
Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung yang bernama, Siti Norazimah ketika mereka berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka dilahirkan lagi.
Ibu pasangan kembar itu meninggalkan anaknya di rumah nenek mereka, sebelum kembar itu ditempatkan di rumah anak yatim Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam, Selangor selepas kematian nenek.
Mama datang la jumpa abang dengan adik…
Lebih memilukan, pengacara tersebut telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan kepada ibu kandung mereka, namun belum sempat mulut berbicara dilihat air mata kanak-kanak itu telah terlebih dahulu mengalir.
Mungkin sudah begitu lama memendam rindu, pasangan kembar tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.
Itulah ucapan kembar tersebut sehingga membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata dua beradik tersebut.
loading...
Di akhir rancangan, mereka sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu yang cukup dirindui, semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka. Lihat Video Pada Minit 7:30 Pasti Sebak.. Allahu
p/s: Bayangkan perasaan kita, jika kita berada di situasi adik ini? Semoga raya kali ini, urusan adik ini dipermudahkan dan mereka dapat berjumpa dengan ibu kandung
Apa kata anda? Kongiskan bersama-sama kami
Kredit : .tubeviral.bbn.my
Post a Comment