Sayu, Salah Seorang Anak Kembar Aliff Syukri GagaI Diselamatkan!
Sayu, Salah Seorang Anak Kembar Aliff Syukri GagaI Diselamatkan! |
Shahida menerusi laman Instagramnya yang turut menyatakan bahawa seorang lagi bayi sihat dan berada dalam keadaan baik.
KUALA LUMPUR – Salah seorang anak kembar dalam kandungan isteri pengusaha kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman gagaI diselamatkan apabila disahkan guggur oleh doktor.
ARTIKEL MENARIK: Tiba-tiba darah banyak keluar ikut mulut! Ramai syak Nonny Nadirah kena ‘buatan’ orang
Berita itu diberitahu oleh Datin Shahida Abd Rashid menerusi laman Instagramnya yang turut menyatakan bahawa seorang lagi bayi sihat dan berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, seorang daripada anak kembar saya dapat diselamatkan dan sudah mempunyai degupan janttung.
“Saya redha dengan kehilangan seorang lagi kembar tapi dalam masa sama turut bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada kembar kedua untuk terus hidup dalam rahim saya,”katanya lagi.
Tambah Shahida yang sedang hamil lima minggu, dia menerima ujian keguguran ini kerana tahu masih ramai lagi wanita di luar sana yang belum merasai nikmat hamil.
Nikmat Allah..
“Apalah sangat ujian saya ini. Saya sudah ada ramai anak cuma teringin kembar sahaja. Allah sudah kabulkan dan sekarang Allah tarik balik.
loading...
Sangat bersyukur
“Dapat selamatkan seorang pun saya dan suami sudah sangat-sangat bersyukur,”ujarnya lagi.
Terdahulu, Shahida dimasukkan ke hospital pada hari Selasa lalu selepas mengalami pendarrahan yang melampau dan mengakibatkan kegugguran seorang daripada anak kembar dalam kandungannya.
Semoga suami isteri kuat semangat selalu.
Sumber – K! ONLINE via CelotehSaje
Post a Comment