Pelakon Nonny Nadirah pernah memberi inspirasi kepada ramai mengenai kisah penghijarahannya, membuatkan ada yang tersentuh mengenai perubahan yang berlaku terhadapnya.
Tiba-tiba darah banyak keluar ikut mulut! Ramai syak Nonny Nadirah kena ‘buatan’ orang |
Terdahulu media pernah melaporkan bahawa pelakon cantik ini diserang penyakit misteri, menyebabkan perjalanan kariernya agak terganggu.
Pada Mac lalu, sekali lagi Nonny diduga dengan ujian, apabila dia melalui fasa penceraian dalam usia perkahwinan yang tidak sampai setahun.
ARTIKEL MENARIK: Zizan bukan, Remy pun tidak – Akhirnya Mira Filzah Dedah Status Sebenar Dirinya, Tak Sangka Langsung
Muntah darah! Sakit Nonny datang semula?
Namun, satu berita yang mengejutkan menerusi laman Instagram pelakon tersebut apabila dia memuat naik video memaparkan dirinya sedang menahan darah yang tiba-tiba keluar daripada mulutnya.
Menurut Nonny, dia tidak menjangka perkara itu akan berlaku, kerana dia tidak mengalami batuk atau sedang melakukan kerja-kerja berat, sebaliknya darah keluar ketika dia sedang duduk berehat.
Malah, pelakon itu sendiri tidak mengetahui punca dan mengagak mungkin disebabkan cuaca terlalu panas menyebabkan berlakunya muntah darah tersebut.
Rakan2 risau Nonny…
Di ruangan komen, dapat dilihat beberapa rakan artis mula risau dengan keadaan Nonny, dan mendoakan agar pelakon tersebut diberikan kesembuhan.
loading...
Pergi hospital cepat…!
Namun, rata-rata netizen meminta agar Nonny segera mendapatkan rawatan doktor, malah ada yang mula mengesyaki darah yang keluar mungkin disebabkan oleh penyakit misteri yang pernah dialaminya.
Ada juga dalam kalangan netizen menceritakan mengenai pengalaman yang serupa, dengan apa yang dialami oleh pelakon putih gebu itu.
Setiap kali Maghrib saya akan batuk berdarah…
Pernah sekali muntah darah tiba2, pergi klinik check tak ada apa…
Kena cuba berubat cara Islam…
Kalau dari daripada hidung mungkin sebab panas…
Masih tidak dapat dipastikan apakah puncanya, namun diharapkan Nonny diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusannya dalam menjalani ibadah puasa.
Post a Comment