Akhirnya Terjawab! Tak sangka, drama Myvi di lebuhraya Duke ni merungkai kisah keluarga.
Akhirnya Terjawab! Tak sangka, drama Myvi di lebuhraya Duke ni merungkai kisah keluarga. |
TANGISAN kegembiraan menyelubungi Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini, apabila hak penjagaan kekal (hadanah) dua beradik anak yatim iaitu anak mangsa kemaI4ngan mavt Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) empat tahun lalu, diberikan kepada ibu saudara mereka.
ARTIKEL MENARIK: 'Minda zionis telah masuk ke TV3?' - Ustaz selar TV3 label pejuang Gaza sebagai Militan
Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, menangis teresak-esak selepas Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan bahawa hak penjagaan dia dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 8, memihak kepada ibu saudara, Yusnidah Husain, 51, selaku plaiintif.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Yusnidah yang berpakaian sedondon dengan dua anak saudaranya itu melahirkan rasa syukur kerana keputusan mahkamah memihak kepadanya.
“Alhamdulillah, dengan keputusan mahkamah hari ini, sempena bulan baik ini, keputusan memihak kepada Kak Ngah (merujuk kepada dirinya) untuk menjaga anak-anak buah Kak Ngah macam anak Kak Ngah sendiri selepas empat tahun menunggu.
“Tadi pun Amira menangis sebab takut berpisah dengan Kak Ngah.
“Kak ngah tidak ada janji apa-apa. Kak ngah buat yang terbaik dan tak akan pisahkan silaturrahim dengan nenek dia yang sepatutnya berhak jaga anak-anak ni, kita faham tapi mereka lebih selesa sebab daripada kecik dengan Kak Ngah,” katanya sambil menangis.
Pada prosiding itu, Zaim membuat keputusan selepas mendengar semua keterangan saksi dan mengambil kira keterangan dua beradik berkenaan sama ada mahu tinggal bersama Yusnidah atau nenek mereka, Wirda Syamsuddin, 56, (defndan).
Selain itu, mahkamah memutuskan hak lawatan kepada nenek mereka setiap cuti sekolah dibahagikan kepada dua iaitu separuh pertama kepada pihak plaintif manakala bakinya diberikan kepada defndan.
“Cuti perayaan pula adalah mengikut giliran setiap tahun secara berselang-seli dengan sambutan Aidilfitri kali ini bersama pIaintif manakala tahun depan bersama dfendan,” katanya.
Terdahulu dalam keputusannya, Zaim berkata, mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk memisahkan kedua beradik itu selain mendapati plaintif memberi kasih sayang yang baik kepada mereka.
loading...
“Mahkamah bersetuju bahawa kebajikan kanak-kanak ini perlu diberi keutamaan.
“Salah seorang anak ini mencapai umur mumayyiz dan boleh menentukan hendak tinggal dengan siapa.
“Dalam kes ini, anak yang dituntut iaitu Amira berumur 11 tahun. Mahkamah mengambil keterangan anak ini dan dia menyatakan suka dan selesa dengan Mama (panggilan kepada plainntif).
“Amira juga beritahu rumah sekarang berdekatan dengan kubur arwawh ibu bapanya jadi senang untuknya melawat.
“Dalam keterangannya juga, Amira memberitahu dia tidak ada masalah dengan Opah (defndan) kerana dia dan adiknya masih bercuti di rumah defndan di Teluk Intan selepas dijemput ibu saudara mereka dikenali sebagai Mak Teh.
“Aqila pula walaupun berumur lapan tahun, juga memilih untuk tinggal dengan plaiintif kerana bersesuaian tinggal dengan ibu saudaranya itu sejak kecil.
“Walaupun kedua-dua pihak berkehendak menjaga anak-anak ini, namun emosi anak-anak lebih sesuai dengan plaintiif tanpa mengabaikan hak defndan sebagai nenek,” katanya.
Dalam prosiding itu, Yusnidah diwakili peguam syarie Mahyuddin Md Zahari manakala Wirda diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff.
Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defndan.
Pada 11 Ogos 2015, Yusnidah diberikan hak penjagaan sementara ke atas dua kanak-kanak berkenaan.
Pada April 2018, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membenarkan permohonan Wirda yang memfailkan notis permohonan semakan terhadap keputusan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab pada 15 Mac 2018 untuk memanggil Firuza Amira dan Firuza Aqila bagi memberikan keterangan mereka.
Permohonan itu dibuat selepas pihak defendan bimbang wujudnya ‘bias’ (berat sebelah) sekiranya kanak-kanak itu memberi keterangan memandangkan mereka kini dalam jagaan sementara plaiintif.
Permohonan semakan itu difaiIkan di Mahkamah Rayuan Syariah pada 22 Mac 2018 dan ditolak pada 15 Februari lalu.
Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, mavt dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves
Jom Lihat apa kata netizen :
Antara kes yg paling sedih yg pernah aku alami. Semoga dua beradik ini kuat menjalani hidup.
Tak sangka, drama Myvi di lebuhraya Duke ni merungkai kisah keluarga yang tamak hal0ba memakan harta anak yatim dan berebut2 harta orang yang dah meninggal kerana pewaris sebenar masih kecil. Serius sebijik macam drama tv. Besok2 menanggung la keluarga yang tamak tu. Alhamdulillah mujur la hak penjagaan ni dapat ke Makcik yang baik. Semoga Pn Yusnidah murah rezeki membesarkan kedua anak yatim piatu ni
Elok suruh budak2 tu dengan orang dia sayang.. kalau pak cik budak2 ni tak boleh percaya.. dengan duit sumbangan orang ramai masuk akaun peribadi dia lagi.. tak ada siasatan dan dikenakan tindakan ke atas tidak amanah pak cik dia urus sumbangan tersebut. Tak kan semudah itu lepas. Aneh dan ganjil betul jabatan tertentu kalau semudah itu dibiarkan.. sebab itu anak2 yatim tak terbela kalau dibiarkan lepas. Menampakkan jabatan tertentu lemah dan tidak berwibawa
Moga Allah murahkan rezeki kak ngah sekeluarga dan Moga anak2 ini berjaya dgn cemerlang di dunia dan akhirat
Sumber : Harian Metro via KekasihJiwang
Post a Comment