Punca sebenar mengapa lelaki langgar palang tol telah dikenal pasti

Punca sebenar mengapa lelaki langgar palang tol telah dikenal pasti

KEPALA BATAS: Seorang lelaki yang dipercayai leka menggunakan telefon bimbit hingga kereta dipandunya merempuh palang besi di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi semalam, dikenakan tindakan saman oleh polis.

Punca sebenar mengapa lelaki langgar palang tol telah dikenal pasti
Punca sebenar mengapa lelaki langgar palang tol telah dikenal pasti

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios berpelekat P berkenaan, didakwa gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh palang besi tol.

ARTIKEL MENARIK: Kes Bvnuh Siti Kharina: Ini tindakan terbaru yang bakal dilakukan oleh pihak Polis


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini, berkata akibat rempuhan itu, palang tol berkenaan melentur dan terperosok ke dalam kereta lelaki terbabit.
“Pemandu berkenaan mendakwa gagal menekan brek kerana terleka sebelum merempuh palang tol. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya sambil menambah, lelaki berkenaan kemudian disaman polis susulan kejadian terbabit.

loading...

Gambar dan video kejadian itu viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: bharian via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post