Ebby menjelaskan dia akan bertemu wanita terbabit dan membincangkan langkah yang seterusnya.
Wanita muda ini masej tanya darah Ebby Yus jenis apa. Rupanya ini niat dia sebenar |
PELAKON dan pelawak Ebby Yus mengakui bersyukur apabila menerima satu lagi tawaran baru daripada seorang wanita muda seminggu sebelum Ramadan lalu untuk mendermakan buah pinggang.
ARTIKEL MENARIK: Punca sebenar mengapa lelaki langgar palang tol telah dikenal pasti
Menurut laporan Harian Metro, Ebby menjelaskan dia akan bertemu wanita terbabit dan membincangkan langkah yang seterusnya.
“Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia mahu menderma buah pinggangnya. Nanti saya akan uruskan pertemuan dengannya sekali lagi dengan pihak media.
“Pada mulanya dia mesej bertanya, darah saya jenis apa? Saya terkejut juga, darah apa?” katanya.
“Saya tak tahu apa yang buatkan dia mahu menderma buah pinggangnya” –
Namun, Ebby memaklumkan keadaan kesihatannya kepada wanita terbabit kerana setakat ini, dia belum memerlukan buah pinggang kerana keadaan buah pinggang miliknya sedikit sihat berbanding sebelum ini dan tidak memerlukan rawatan dialisis.
Pada Januari lalu, Ebby pernah mendapat tawaran sama daripada seorang aktivis kemasyarakatan dikenali sebagai Syed Syukri MK dari Port Dickson.
“Syed Syukri juga menunggu keputusan daripada saya sama ada mahu menerima (derma) buah pinggangnya atau tidak.
“Dia memberitahu ada juga insan lain yang meminta tapi dia sudah berjanji mahu mendermanya kepada saya,” katanya yang pernah bertemu dengan Syed Syukri di Port Dickson, April lalu.
Sebelum ini, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu.
loading...
Selepas kisahnya tular, beberapa individu menawarkan bantuan kewangan, melakukan umrah termasuk menawarkan buah pinggang kepada Ebby pada Januari lalu. –
Reaksi waraganet:
“Alhamdulillah Allah punya rahsia yg besar utk awak”
“Byk org sygkan abg ebby sbb ebby org baik. Allah juga sygkan ebby sbb hantar ramai org utk membantu. Muga ebby yus sihat dan kuat semangat. Rasanya mungkin wanita tu ikhlas dan mungkin juga dia sukakan abg ebby yus. Kahwenlah abg ebby tk elok hidup bujang.”
“Aku betul2 salute & tabik springgg kpd penderma2 organ yg masih hidup.”
“Shukur alhamdullilah.ada insan yg perihatin.menderma ni bukan setakat wang ringgit.tk pada Allah.amin.”
Sumber: Harian Metro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment