HANYA suka-suka. Itu motif remaja yang diburu polis susulan rakaman video menunjukkan tindakan k3jamnya men3mbak mony3t yang tular sejak beberapa hari lalu.
Suspek t3mbak mony3t tak panggil ‘baby sayang’ ditangkap. Rupnya ini motif sebenar pelaku |
Dalam kejadian antara 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu m3nembak mony3t liar dengan satu das t3mbakan sebelum membuang b4ngkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota.
ARTIKEL MENARIK: Terkejut Dibayar RM25,000. Chef Wan Dedah Menu Istimewa Kegemaran Almarhum Sultan
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lambor Kiri, Bota dan turut ditahan bapa suspek berusia 54 tahun yang juga pemilik s3njata 4pi berkenaan.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, dua beranak berkenaan ditahan di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan pada 9.20 malam tadi.
Katanya, penahanan itu turut membawa kepada rampasan sepucuk pistol warna hitam jenis Glock 42, sarung plstol, 12 peluru dan l3sen pemilikan s3njata api yang tamat tempoh 28 Jun ini.
“Siasatan awal, remaja yang tidak bekerja itu mengaku mengambil pistol milik bapanya ketika lelaki itu sedang tidur di dalam pondok di kebun pisang mereka pada hari kejadian.
Kawan sekolah kantoikan:
Motif Remaja Ini
“Dia juga mendakwa melakukannya (t3mbak monyet) kerana suka-suka dan mendakwa monyet itu ditangkap di kebun kerana merosakkan hasil tanaman, sebelum men3mbaknya dengan satu das t3mbakan.
“Bapa suspek pula memaklumkan pelaku dalam video yang tular itu seakan anaknya dan polis akan ke lokasi kejadian untuk meneruskan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, hari ini.
Razarudin berkata, suspek bapanya yang juga peniaga direman selama empat hari sehingga Ahad untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
“Ini adalah kejadian pertama dilakukan suspek dan kita juga belum dapat pastikan sama ada remaja itu mempunyai masalah mental atau tidak. Siasatan lanjut masih dilakukan.
loading...
“Sehubungan itu, pemegang lesen s3njata api dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan senjata itu dan meletakkannya di tempat yang lebih selamat, supaya tidak boleh diambil oleh anak.
“Dalam kes ini, si bapa mengaku tidak tahu s3njata api itu diambil anaknya. K3jadian ini tidak seharusnya berlaku kerana bukan sahaja membabitkan kesalahan menggunakan s3njata api, malah penganiayaan terhadap haiwan,” katanya.
Dalam video tular 20 saat itu, seorang lelaki mendesak seekor monyet memanggilnya “baby sayang” dan kemudian m3nembaknya.
“Kalau kau tak cakap baby sayang aku tembak kau. Satu, dua, tiga,” ujar suspek tersebut sebelum m3lepaskan satu das t3mbakan.
sumber: hmetro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment