Dalam bulan ramadan ini, selain dari menahan diri dari makan dan minum kita juga harus banyak bersabar nak mengawal kemarahan. Bulan bulan puasa ni walaupun setan banyak kena ikat tetapi dugaan yang datang memang banyak.
“Buat Macam Jalan Bapak Dia” Abg botak naik angin kena horn.Habis cermin keta dia hentaak |
Lain pula cerita yang menjadi tular di media sosial baru baru ini. Satu rakaman video menunjukkan hilangnya kesabaran pada bulan ramadan dan tindakan yang dibuat munkin akan buat si pelaku berhari raya di dalam lokap.
ARTIKEL MENARIK: “Lawan mu, lawan” – Video Isteri Seepak Teerajang Suami Depan Anak-Anak Minta Surat Ceerai
Gara-gara membunyikan hon kereta, cermin depan seorang pemandu dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian Selasa lalu.
Menerusi rakaman video yang tular di laman media sosial, kejadian kira-kira pukul 5.51 petang itu berlaku ketika mangsa sedang memandu namun laluannya dihalang oleh penunggang lelaki terbabit.
“Borak macam dekat kedai kopi atas jalan raya. Bila kena hon, marah dan pecahkan cermin kereta pengguna jalan raya yang lain.. “Harap PDRM tangkap pembuli/samseng jalan raya,” tulis akaun Twitter 999 Malaysia.
Bukan itu sahaja, pemilik motosikal VBD 5494 tersebut juga kelihatan sempat berbual dengan seorang penunggang lain yang dipercayai rakannya menyebabkan kereta berkenaan sukar untuk memotong laluan.
Berang dengan tindakan pemandu itu, lelaki berkenaan bertindak untuk memberhentikan motosikalnya dan memecahkan cermin kereta tersebut dengan menggunakan topi keledar.
loading...
Posting berkenaan mengundang perhatian netizen dimana rata-rata sempat mengusik dan mengecam lelaki terbabit yang dikatakan mungkin akan menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi.
Tidak kurang ada juga yang memohon supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap penunggang berkenaan akibat sikap biadabnya di atas jalan raya.
Kenapa mesti bertindak kasar sampai jadi begini? Sekiranya betul lelaki botak itu tidak puas hati, boleh je cakap tanpa pecahkan cermin. Percayalah selepas PDRM ambil tindakan mesti dia akan menyesal.
Banyakkan bersabar di bulan ramadan ini, tak lagi nak raya dah …
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: KL Viral via tubeviral.bbn.my
Post a Comment