“Macam Bonda Cakap Lain Kes Tapi Kalau Kes Orang Ketiga Ni ..” – Ini punca mengapa Intan Liana Saleh Tidak Ingin Berbaik Dengan Ude

“Macam Bonda Cakap Lain Kes Tapi Kalau Kes Orang Ketiga Ni ..” – Ini punca mengapa Intan Liana Saleh Tidak Ingin Berbaik Dengan Ude

Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh meluahkan rasa sedih selepas melihat hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, personaliti TV Ally Iskandar di Instagram Stories.

“Macam Bonda Cakap Lain Kes Tapi Kalau Kes Orang Ketiga Ni ..” – Ini punca mengapa Intan Liana Saleh Tidak Ingin Berbaik Dengan Ude
“Macam Bonda Cakap Lain Kes Tapi Kalau Kes Orang Ketiga Ni ..” – Ini punca mengapa Intan Liana Saleh Tidak Ingin Berbaik Dengan Ude

Gembira tengok Farah Lee dan Ally tapi Intan Liana belum maafkan Ude! “Kes orang ketiga susah sikit”

ARTIKEL MENARIK: 'Hormat karya seni orang lain, jangan berlagak diva & kekwat sangat' - Penaja dekorasi MeleTop tegur Neelofa


Namum begitu, Intan menjelaskan dia bukan menyimpan hasrat ingin berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai seorang wanita yang gila talak.
Tambah Intan, apabila ibu bapa yang bercerai masih dalam keadaan baik, ia akan memberi ‘positive vibes’ kepada anak-anak.
Intan juga akui seorang wanita sangat mudah memaafkan tetapi bukan dirinya kerana melibatkan orang ketiga.

loading...


Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Kini, Izreen sedang sarat hamil lapan bulan.
Sebelum ini media pernah melaporkan Izreen Azminda, 3 bulan alami pendarahan
PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia mengalami pendarahan dan alahan yang teruk selama tiga bulan awal kehamilan anak pertama hasil perkahwinan dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 34, berkata dia tidak boleh mengangkat barang berat dan melakukan pergerakan yang banyak ketika itu.
“Masa tiga bulan awal kehamilan itu memang saya tak boleh buat apa-apa. Saya mengalami alahan yang teruk dan pendarahan sepanjang tiga bulan tu.
“Kalau angkat barang berat je, akan berlaku pendarahan. Jadi, saya kena kurangkan pergerakan sepanjang waktu tu. Selain itu, memang kerap muntah la.
“Tapi Alhamdulillah semua tu saya alami hanya untuk tiga bulan sahaja. Selepas daripada itu, saya dah okay. Semuanya berjalan dengan baik,” kata Izreen kepada mStar Online.
Pelakon itu ditemui pada majlis Mek Kembang Cotton Fashion Show di Ampang Glasshouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Kandungan Izreen kini sudah memasuki enam bulan dan dia dijangka bakal melahirkan cahaya matanya pada awal Julai depan.
Apa kata anda? Kongsikan bersama-sama kami 
sumber: astroawani via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post