“Saya Gembira Dengan Cara Saya Sekarang Ini..” – Fathia Latiff Umum Tidak Lagi Berhijab
“Saya Gembira Dengan Cara Saya Sekarang Ini..” – Fathia Latiff Umum Tidak Lagi Berhijab |
Jika sebelum ini pelakon Fathia Latiff bermain teka-teki sama ada masih berhijab atau tidak melalui gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya namun pelakon cantik ini mengakui kini selesa dengan imej terbaharunya yang tidak lagi memakai hijab.
ARTIKEL MENARIK: 'Hana Azraa, satu hari nanti anda akan menyesal' - Wardina Safiyyah
Fathia Mengakui Dirinya Berhijab Sebelum Ini Kerana Orang Lain.
Fathia ditemui MHE TV sewaktu hadir sebagai selebriti jemputan untuk majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Minimalace di Hotel Ritz Carlton.
“Saya Gembira Dengan Cara Saya Sekarang Ini. I Feel So Much Bless And I Can Be Myself.
“Saya sedar apa yang terjadi sebelum ini adalah kerana patah hati. Saya memakai hijab pun hanyalah kerana orang lain.
“Sebab itu saya hormat pada orang yang menyatakan dia berhijab kerana Allah. Sebab kerana dari apa pun semuanya bermula dari hati kita sendiri,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.
Jelas Fathia lagi, dia cuba untuk memakai hijab seperti wanita muslimah lain, namun gagal.
Fathia Nekad Dengan Keputusan Untuk Tidak Lagi Berhijab Kerana Mahu Berlaku Jujur Pada Diri Sendiri.
Malah ada yang mengatakan Fathia berkemungkinan mengalami depresi.
“Saya boleh katakan, saya depresi kerana memakai hijab. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri dan sebab itu saya on-off pakai tudung.
“Tapi sekarang, apabila saya pakai tudung tapi tak ikhlas, ia tak kena. Jadi apabila hati ini sudah ikhlas kerana Allah, saya akan pakai tudung,” kata Fathia.
loading...
Namun apabila ditanya tidakkah dia ada mendapatkan bantuan atau pertolongan daripada yang pakar tentang keadaan depresinya, ini jawapan Fathia.
“Tidak. Kerana doktor hanya akan bagi ubat yang fungsinya hanyalah lebih kurang sama dengan dadah. Jadi apa gunanya?
SUMBER : Mhe Tv VIA Lubok Cerita Express
Post a Comment