PU Abu dah Selamat Pulang, Apabila Di minta Beri Kenyataan Ini Yang Keluar Dari Mulut Beliau

PU Abu dah Selamat Pulang, Apabila Di minta Beri Kenyataan Ini Yang Keluar Dari Mulut Beliau

PU Abu dah Selamat Pulang, Apabila Di minta Beri Kenyataan Ini Yang Keluar Dari Mulut Beliau

PU Abu dah Selamat Pulang, Apabila Di minta Beri Kenyataan Ini Yang Keluar Dari Mulut Beliau
PU Abu dah Selamat Pulang, Apabila Di minta Beri Kenyataan Ini Yang Keluar Dari Mulut Beliau

SELEPAS beberapa minggu mengikuti rombongan mengerjakan umrah, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya kembali ke tanah air untuk berhadapan kontroversi rumah tangga yang menjadi perhatian ramai.

ARTIKEL MENARIK: “Pak Ya Tarik Balik Sa m4n RM3 Juta Ke Atas Lan Pet Pet..” – Pak Ya Kasihankan Lan, Karier Lan Terjejas Akibat Insid3n Itu


Ketika ditemui wartawan mStar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu, pendakwah bebas itu kelihatan terkejut.

Bagaimanapun PU Abu tetap memberikan kerjasama sambil membayangkan seolah-oleh kontroversi isu percera4ian bekas isteri yang sedang hamil tujuh bulan dapat dilaluinya dengan tenang ketika berada di Makkah.

“Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. Tak nampak pun saya sugul.

“Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke,” katanya.

1b138fed74924103a9ede152ece59c27.ashx?la

Tambah PU Abu yang berseluar jeans bersama kemeja-T serta topi, cerita yang diketahui umum hanyalah sebahagian daripada keseluruhan situasi sebanar.

Namun yang penting katanya, cerita sebenar kemelut yang berlaku diketahui keluarga ketika-tiga pihak iaitu bekas isteri, Ain Afini; wanita dikenali sebagai Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

“Tiada siapa pun tahu cerita tentang sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini.

“Selebihnya saya akan maklumkan kemudian,” katanya lagi. Apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah

Sejak Sabtu, mStar melaporkan mengenai luahan bekas isteri PU Abu di Instagram yang memaklumkan dia sudah diceraikan menerusi aplikasi whatsapp pada 13 Mac lalu.

Menerusi tulisan Ain Afini, PU Abu memilih untuk menceraikannya demi mengejar cinta seorang janda beranak satu.

Sehubungan itu pelbagai cemuhan dibuat netizen terhadap PU Abu kerana bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas isterinya lebih-lebih lagi ketika wanita berkenaan sarat mengandung.

Sementara itu ketika diajak bercerita mengenai status hubungannya dengan Hana kerana dikatakan mereka sudah bernikah, PU Abu memilih untuk mengunci mulut.

f53fe7a490ba4bf6b03c980c26492378.ashx?la

Malah PU Abu memberitahu dia dinasihatkan bapanya, Mokhtar Rozaidi untuk tidak akan memberi apa-apa kenyataan susulan.

“Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

loading...

“Saya akan beritahu selepas saya dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apa pun saya kena tunggu ayah saya,” katanya.

Tambah PU Abu, kenyataannya selama ini turut diputar belit beberapa pihak.

“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media.

“Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi saya tak nak cakap apa-apa setakat ini.

“Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,” tegasnya beberapa kali.






Sumber Mstar via Express Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post