Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR

Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR

NAIB Presiden PKR, Chang Lih Kang mengkritik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menerima tujuh Ahli Parlimen Umno, dan menyifatkan tindakan itu mengkhianati rakyat.

Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR
Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR

Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berkata, beliau kesal kerana Dr Mahathir memungkiri kata-katanya untuk tidak menerima mereka yang meninggalkan Umno, untuk masuk ke parti-parti Pakatan Harapan.

ARTIKEL MENARIK: Pemandu van EMRS duduk sebelah Mohd Adib ketika dirempuh lori bomba yang mengundur


“Dr Mahathir pada Mei 2018 secara tegas menyatakan bahawa Pakatan tidak akan menerima ‘pembelot’ Umno ke parti-parti Pakatan.

“Ia agak mengecewakan dalam kurang setahun, Dr Mahathir memungkiri kata-katanya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.



loading...

“Sebagai ahli Parlimen Pakatan, saya mahu mendesak semua parti-parti komponen untuk henti menerima ahli Parlimen BN (Barisan Nasional), kerana ia menjejaskan imej parti yang memerintah.

“Rakyat telah membuat keputusan mereka untuk tidak menerima Barisan pada pilihan raya umum ke-14, dan kita tidak seharusnya menentang kehendak mereka dengan mengambil ahli-ahli Parlimen dari bekas rejim ke dalam kerajaan baharu,” tambah Lih Kang.

Dilaporkan, tujuh ahli Parlimen yang meninggalkan Umno pada Disember lalu menyertai Bersatu.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah). – The Star

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post