Nelayan Pun Tak Berani. Ada Sebab Kenapa Mereka Tutup ‘Kuala’
Nelayan Pun Tak Berani. Ada Sebab Kenapa Mereka Tutup ‘Kuala’ |
PENDUDUK kampung serta nelayan di Dungun kesal apabila kejadian le mas terus berlaku pada ketika tempoh ‘edah’ tutup kuala masih belum tamat.
Nelayan, Mohamad Abdul Ghani, 62, berkata, menurut orang tua, istilah tutup kuala bermakna tiada sebarang aktiviti pantai dilakukan termasuk nelayan tidak dibenarkan turun ke laut.
ARTIKEL MENARIK: Harga "sale" Parkson lagi mahal dari harga biasa
“Edah tutup kuala bermula Oktober hingga Februari kerana sepanjang waktu edah itu akan berlaku musim tengkujuh yang disertai ombak dan angin kencang.
“Kalau dulu apabila musim tutup kuala bermula, seluruh nelayan di pantai timur tidak berani keluar menangkap ikan termasuk mandi atau bermain di tepi pantai biarpun keadaan air di pesisir laut nampak tenang,” katanya.
Mohamad berkata, generasi baru sudah tidak tahu tentang edah itu, sebaliknya lebih seronok bermain di pesisir pantai tanpa perasaan takut.
Katanya, bermula awal Januari nanti, akan muncul ombak ‘berbisa’ yang pastinya ditakuti nelayan dan keadaan ini sudah mula dirasai sejak semalam menyebabkan ramai nelayan tidak keluar ke laut.
“Ombak ini muncul dalam masa seminggu dan badai yang melanda bukan saja boleh menyebabkan bot nelayan berkecai, malah boleh mengor bankan nya wa,” katanya.
Seorang penduduk, Azri Abdullah, 49, berkata kejadian lemas di Pantai Sura Tengah setakat ini sudah mengor bankan lima nya wa termasuk kes terbaru semalam yang mengor bankan tiga beradik.
“Kejadian pada Disember 2013 menyebabkan seorang pemuda Ghafar Manaf, 32, dari Sabah hilang ketika mandi di situ yang sehingga kini ja sadnya tidak ditemui.
“Diikuti pada Februari 2016, selepas seorang pelajar, Mohd Firdaus Sulong, 17, lemas dipukul ombak besar ketika mencari remis dan ma yat mangsa ditemui keesokan hari,” katanya.
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh itu, penduduk kampung bukan sahaja takut untuk mandi, malah tidak berani bermain di tepi pantai.
Sumber Artikel: Hmetro Online via KLViral
Post a Comment