Harga "sale" Parkson lagi mahal dari harga biasa

Harga "sale" Parkson lagi mahal dari harga biasa

SEPATUTNYA jika sesebuah gedung membeli-belah buat "Sale," harga barang-barang yang dijual tentu lebih murah berbanding harga biasa. Ini kerana perkataan "Sale" itu sendiri sangat sinonim dengan potongan harga.

Harga "sale" Parkson lagi mahal dari harga biasa
Harga "sale" Parkson lagi mahal dari harga biasa

Para pengguna dirayu dan dipujuk dengan pelbagai iklan harga murah biasanya harga sesuatu barangan dipotong atau diberi diskaun sehingga 70 peratus dari harga biasa ia dijual.

Namun lain pula yang berlaku kali ini, apabila salah seorang pengguna mendedahkan bukti bahawa harga "Sale" seluar yang dijual di salah sebuah gedung beli belah, ternyata lebih mahal berbanding harga biasa.

Tanda harga

ARTIKEL MENARIK: Video Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Buat Seorang Diri Tukar Tasik Yang Kotor Kepada Tasik Bersih Sehingga Burung Pun Datang Singgah


Mimy Shasha mendedahkan perkara itu menerusi akaun Twitter @shashamimy miliknya, di mana tanda harga berlabel merah (harga sale) yang ditindih atas tanda harga biasa nampaknya lebih mahal.

Tanda harga

Harga Sale RM23.55 manakala tanda harga yang ditindih hanya RM21.90 (RM1.65 lebih murah).

Dari gambar yang dikongsikan oleh Mimy, difahamkan seluar jenama Cheetah Junior telah dibeli olehnya dari Pasaraya Parkson.

"Sampai bila ye pekedai nak buat kerja macam ni? Kata sale tapi harga asal macam lagi murah je dari harga sale," tulisnya.


Mimy turut menyebut akaun Twitter rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kiriman itu meminta kementerian itu mengambil tindakan.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini mewakili banyak barang lain yang dijual di Parkson semasa "Sale", atau sekadar kes terpencil.

Kredit : MiloSuam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post